Assalamulaikum... selamat hari raya aidilfitri mulai ..... jom kite kongsi sikit fakta ini.....
Hari Raya Aidilfitri (Bahasa Arab: عيد الفطر; 'Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan ini juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah atau Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa ... ia sambut seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun.baik dan terbaik.... Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya haji
Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab (kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas oleh jabatan agama islam setiap negeri pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.yang telah ditetapkan..media masa tidak kira apa pun sekarang ...akan bagi tahu bila waktu melihat anak bulan..
SimbolSimbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah juadah istimewa yang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi yang dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama dengan rendang. Juadah-juadah yang lain termasuklah lemang, lontong, dodol, dan kuih raya.ia sebagai simbol perayaan Hari Raya Aidilfitri. duit raya ..........salah satu amalan yang masih kekal di malaysia...... ajang hilmi pun masih dapat duit raya tahun ini..heheheheheh PersiapanDi Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan peibagai cara... Berminggu-minggu sebelum perayaan menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan.Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung. |
|
---|---|
ok itu sahaja untuk kali ini nati ajang hilmi kongsi lagi cerita.... | |
jom kite
L:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira P: Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi Tutur dan kata yang sopan saling memaafi Suasana hari raya walau di mana pun jua Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa ( korus 1 ) L: Kuih dan muih beranika macam Makanlah jangan hanya di pandang P: Ketupat rendang sila nikmati kawan Penat memasak malam ke pagi ( korus 2 ) L: Wajik dan dodol jangan lupakan Peninggalan nenek zaman berzaman P: Asyik bersembang pakcik dan makcik Hai duit raya lupa nak di beri L & P: Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira ( ulang korus 1 & 2 ) |
|