Isnin, 10 Oktober 2011

KATA-KATA HIKMAT UNTUK MAJU DIRI KITA


~Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.

~Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.

~Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.

~Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.

~Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.

~Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

~Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya

~Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.

~Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya.

~Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya

~Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap

~Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.

~Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home)

~Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.

~Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.

~Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

~Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.

Tiada ulasan: