Rabu, 20 Jun 2012

SETEM HO SETEM





Sejarah
Setem pemposan julung kali diperkenalkan di United Kingdom pada bulan Mei 1840 sebagai sebahagian rombakan perkhidmatan pos pimpinan Rowland Hill. Oleh itu yuran pos mula dibayar oleh pengirim dan bukannya penerima seperti sebelum itu, namun mengirim secara prabayar bukanlah wajib. Setem pos pertama, Penny Black julung kali dikeluarkan pada 1 Mei bagi kegunaan mulai 6 Mei, dan dua hari kemudian, Two pence blue, dengan ukiran Ratu Victoria yang muda, merupakan kejayaan besar, namun penapisan seperti tebukan tepi hanya digunakan bagi setem yang diterbitkan tidak lama kemudian.

Negara-negara lain turut mencontohi UK dengan memakai sistem setem; Kanton Zürich di Switzerland menghasilkan setem 4 dan 6 rappen Zurich; meskipun Penny Black boleh digunakan untuk menghantar mana-mana surat yang beratnya kurang 15 gram dalam United Kingdom, perkhidmatan pos Switzerland masih mengira kadar pos berdasarkan jarak pengiriman. Brazil mengeluarkan setem Mata Lembu (Bull's Eyes) pada tahun 1843, menggunakan mesin cetak yang sama seperti yang digunakan untuk Penny Black. Kerajaan Brazil memilih rekabentuk abstrak dan bukannya gambar Maharaja Pedro II agar imej baginda tidak dicacatkan oleh cop pos. Pada tahun 1845 sebilangan pegawai pos di Amerika Syarikat menghasilkan setem sendiri, tetapi setem yang pertama kali dikeluarkan secara rasmi muncul pada tahun 1847, dengan setem 5 dan 10 sen yang menampilkan potret Benjamin Franklin dan George Washington. Sebilangan negara lain mengeluarkan setem sendiri pada akhir 1840-an, tetapi banyak lagi negara lain memulakan sistem setem pada 1850-an dan menjelang 1860-an kebanyakan negara di dunia sudah menghasilkan setem pos.

Semenjak lahirnya setem pos di United Kingdom bilangan surat yang dikirim naik mendadak dari 82 juta pada tahun 1839 ke 170 juta pada tahun 1841. Hari ini purata 21 bilion benda dikirim melalui pos setiap tahun di UK sahaja.

Setem ialah bukti pembayaran yuran perkhidmatan pos yang lazimnya berbentuk helaian kertas segiempat kecil yang dilekat pada sampul surat atau poskad. Setem ini menandakan bahawa orang yang mengirim surat atau pakej itu mungkin telah membayar yuran pengiriman terdahulu sama ada dalam jumlah penuh atau ansuran. Setem merupakan kaedah paling laris bagi membayar untuk perkhidmatan pos runcit; alternatifnya termasuk sampul surat pos prabayar dan meter pos.

Jenis-jenis Setem
* Setem definitif
* Setem peringatan
* Lembaran mini
* Buku setem
* Sampul Surat Hari Pertama
* Setem hasil
* Setem denda
* Setem keluaran bersama
* Setem peribadi
* Setem tidak berdenominasi


Sejarah Setem Malaysia bermula daripada penubuhan Negeri-negeri Selat yang terdiri daripada Singapura, Pulau Pinang dan Melaka pada tahun 1806. Negeri-negeri Selat ini adalah di bawah kawalan Syarikat India Timur dengan ibu pejabatnya di Calcutta, India. Setem Pos India telah digunakan di Negeri-negeri Selat semasa pemerintahan British. Setem-setem tersebut boleh dikenali melalui tanda pos yang tertera iaitu 'Diamond of Dota', 'B/172' digunakan di Singapura, 'B/147' digunakan di Pulau Pinang dan 'B/109' digunakan di Melaka.


Pada 1 September 1867, Negeri-negeri Selat telah diletakkan sebagai 'Crown Colony' di bawah kawalan British secara langsung. Keadaan ini telah mengujudkan setem yang berbeza di mana setem India yang dikeluarkan dalam tahun 1865 dicetak di atasnya dengan gambar mahkota dan diberi nilai sen dan ringgit.





Setem Pos definitif pertama telah dikeluarkan pada bulan Disember tahun 1867 bagi Negeri-negeri Selat. Sementara bagi Negeri-negeri Bersekutu yang terdiri daripada Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan telah mengeluarkan setem mereka sendiri pada tahun 1900. Negeri-negeri Tidak Bersekutu yang terdiri daripada Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kecuali Johor menggunakan Setem Pos Siam hingga tamatnya pemerintahan Siam ke atas mereka pada tahun 1909, iaitu selepas perjanjian antara British dan Siam.


Semasa pemerintahan Jepun, Setem Pos Malaya dicetak semula oleh Jepun. Selepas tamat pemerintahan Jepun, Setem Pos Malaya telah dicetak semula semasa pemerintahan B.M.A.. Dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 kali pertama rekabentuk Setem Pos adalah sama, iaitu menggambarkan potret Sultan dan Lambang Negeri masing-masing kecuali Negeri Sembilan yang hanya melambangkan lambang negeri. Sementara setem pos Pulau Pinang, Melaka dan Singapura menggambarkan potret Raja British.





Setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957, setem pos definitif mula dikeluarkan dalam bentuk dua siri, iaitu siri kebangsaan dan siri negeri dengan menggambarkan pelbagai ciri utama negara. Setem Pos definitif pertama dengan tema Orkid bagi Siri Negeri dan Burung bagi Siri Kebangsaan telah dikeluarkan pada tahun 1965 setelah Malaysia dibentuk dalam tahun 1963.


Setem Pos definitif kedua telah dikeluarkan dalam tahun 1970 dengan mengemukakan tema Kupu-kupu bagi kedua-dua siri dan diikuti dengan tema Haiwan bagi siri Kebangsaan dan Bunga-bungaan Malaysia bagi Siri Negeri dalam tahun 1979. Setem Pos definitif yang masih digunakan hingga sekarang telah dikeluarkan pada tahun 1986 bagi menonjolkan tema Buah-buahan bagi Siri Kebangsaan dan Tanam-tanaman bagi Siri Negeri.





Selain setem pos definitif, Malaysia juga mengeluarkan setem pos kenang-kenangan dari semasa ke semasa sejak merdeka bagi memperingati peristiwa-peristiwa penting di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Setem Pos Khas juga telah mula diperkenalkan dalam tahun 1981 dengan ciri-ciri utama negara dari segi kebudayaan, alam semulajadi dan sebagainya.


Oleh yang demikian, tidak boleh dinafikan bahawa sejarah setem negara telah berkembang sejak 1867 dan hari ini (1 September 1992) setem pos kenang-kenangan telah dikeluarkan bagi memperingati ulangtahun ke 125 setem pos Malaysia.




BUTIRAN TEKNIK


Tarikh Keluaran : 1.9.1992
Denominasi : 2 pasang 'se-tenant' bernilai 30¢ dan 50¢
Saiz Setem : 28mm x 38mm
Kertas : Tera Air SPM Bersalut Fosfor
Proses Pencetakan : Litografi
Pencetak : Security Printers (M) Sdn. Bhd.

Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Perekabentuk Setem : Mega Dot Sdn. Bhd.
Sampul Surat Hari Pertama : 20 sen



Tiada ulasan: