Rabu, 19 Disember 2012

SIAPAKAH SEBENARNYA PENCIPTA TELEFON?






Ada sebuah kisah atau cerita tentang pencitaan telefon yang kebanyakannya tidak kita ketahui....
Pada suatu masa, seorang yang bernama Philipp Reis telah mencabar dakwaan bahawa Alexander Graham Bell sebagai pencipta telefon...Sebaliknya mendakwa, beliaulah orang pertama yang mencipta telefon kerana mampu menghantar not dan ton muzik melalui dawai....
Untuk mencari penyelesaian,kes tersebut telah dibawa ke Mahkamah Agung Amerika Syarikat.. Setelah mendengar penghujahan daripada kedua-dua belah pihak, hakim memutuskan BELl sebagai pencipta telefon sebenar kerana ciptaan Reis hanya mampu menghantar not dan ton muzik, bukannya suara...
Besar sangatkah perbezaan ciptaan Reis dan Bell ?
Tidak ! Perbezaan tersebut hanya terletak pada sebatang skru yang menukar ton menjadi suara... Sebenarnya Reis tidak gagal,, sebaliknya beliau hanya berhenti mencuba.. Kalau beliau bersabar sedikit sahaja lagi dan mencari jalan yang lebih baik supaya alat ciptaannya berfungsi,, berkemungkinan besar nama beliau yang terukir dalam sejarah sebagai pencipta telefon...
Sebagai perbandingan,,, Bell lebih tabah dalam usaha beliau...Rakan-rakan pernah mencadangkan beliau dihantar ke rumah sakit jiwa semasa beliau dalam proses mencipta telefon.....Presiden Rutherford Hayes sendiri pernah mengatakan.., tiada orang yang akan menggunakan ciptaan Bell.Tetapi dengan ketabahan Bell., tercitalah telefon yang memberi manfaat kepada ramau orang di seluruh dunia sehingga hari ini..... ni lah cerita yang ajang hilmi boleh kongsi bersama cerita di sebalik terwujuh telefon


Tiada ulasan: