Kalau masih ada waktu, berusahalah memperbaiki diri kerana
bila sudah tiada waktu rasa kesal itu tidak berguna.
Kalau masih ada waktu, tuntutlah ilmu yang bermanfaat
sebanyak mungkin kerana bila sudah tiada waktu engkau akan merasakan umur itu
pergi berlalu dengan sia-sia.
Kalau masih ada waktu, tunaikanlah impian murnimu kerana
bila sudah tidak ada waktu engkau tidak akan sempat menikmatinya.
Kalau masih ada waktu, balaslah kasih sayang dan cinta
insan-insan tersayang di sekelilingmu kerana bila sudah tiada waktu engkau akan
kekal berhutang dengan mereka.
Kalau masih ada waktu, belajar dan fahamilah hakikat hidup
ini kerana bila waktu itu sudah tiada engkau akan merasakan bahawa engkau tidak
pernah belajar apa-apa dalam hidup ini.
Kalau masih ada waktu, hargailah setiap peluang yang datang
kerana biasanya peluang terbaik hanya datang sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan