Sabtu, 19 April 2014

MANUSIA MEMPUNYAI 360 SENDI SUDAH DISABDAKAN 1400 TAHUN LALU

Assalamulaikum semua kali kita kongsi fakta ini selamat membaca dari ajang hilmi dan baca jangan lupe kongsi ok
Aisyah RA meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Setiap manusia telah diciptakan dengannya tiga ratus enam puluh sendi. Oleh itu sesiapa yang mengagungkan Allah, Bersyukur kepadaNya, bertahlil, memuji Allah, dan mencari pengampunan dari Allah, dan mengalih batu, atau duri, atau tulang dari laluan orang ramai, dan mengajak kepada kebajikan dan melarang daripada kejahatan, dengan sendinya tiga ratus enam puluh, ia akan berjalan pada hari akhirat dengan mengeluarkan dirinya dari neraka.” [HR Muslim]

Buraida meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Setiap orang mempunyai tiga ratus enam puluh sendi, oleh itu ia harus memberi sedekah untuk setiap satu dari nya.” Ditanyakan kepadanya: “Ya Rasulullah, siapa yang mampu berbuat demikian?” Rasulullah SAW menjawab:“Kalian boleh menimbus kahak yang mungkin kalian temui di dalam masjid, atau mengalihkan batu, duri, atau tulang dari laluan orang-ramai. Jika kalian tidak mampu berbuat demikian, solat dua rakaat Ad-Dhuha sudah mencukupi. “ [HR Abu Dawud, disahihkan oleh Albani]

Dr. Hamid Ahmad Hamid dalam bukunya “The Journey of Faith inside the Human Body”, mengesahkan terdapatnya 360 sendi pada tubuh manusia seperti yang disabdakan oleh Nabi SAW 1400 tahun yang lalu , iaitu seperti berikut:

  • 147 sendi di tulang belakang
  • 25 sendi antara tulang belakang
  • 72 sendi antara tulang dan tulang rusuk
  • 50 sendi antara tulang bahagian luqaimat (lumbar?)
  • 24 sendi di dada
  • 2 sendi antara tulang sternum dan thoracic cage
  • 18 sendi antara tulang dada dan tulang rusuk.
  • 2 sendi antara klavikula dan skapula (tulang belikat).
  • 2 sendi antara skapula dan dada
  • 86 sendi di hujung teratas
  • 2 sendi antara tulang scapular
  • 6 sambungan antara siku.
  • 8 sendi antara pergelangan tangan
  • 70 sendi antara tulang tangan
  • 92 sendi di hujung terbawah
  • 2 sendi pinggul
  • 6 sendi antara tulang lutut
  • 6 sambungan antara pergelangan kaki
  • 74 sendi antara tulang kaki
  • 11 sendi di pelvis
  • 4 sendi antara vertebra tulang ekor (coccyx)
  • 6 sendi antara tulang acetabulm
  • 1 sendi sumphysis kemaluan


Jumlah sendi 360

Fungsi sendi ini adalah bagi memudahkan pergerakan anggota –anggota di tubuh manusia.

Pada zaman Nabi SAW adalah tidak mungkin bagi manusia untuk mengetahui bilangan sendi ini dengan ketepatan seperti itu, kerana sebahagian besar sendi ini halus saja dan berada pada kedudukan yang sangat sukar untuk dilihat. Sendi-sendi halus ini tidak diketahui sebelum adanya kemajuan anatomi , dan pada masakini para saintis barat hanya mampu menganggarkan bilangan sendi di dalam tubuh manusia adalah di antara 250 hingga 350.

Allah SWT berfirman:
“Apakah Dia (Allah) yang menciptakan itu tidak tahu, sedangkan Dia adalah Maha Halus, lagi Maha Mengetahui?” ( Al-Mulk :14)

“Dan tidaklah yang diucapkannya (Rasulullah SAW) itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (An-Najm: 3-4)


TANDA-TANDA SAKIT DI BADAN .... SUATU KEAJAIBAN YANG WAJIB ANDA TAHU!

Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.


6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.



16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.


17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman


18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.


22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.


24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.


25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

hasil kajin 

P Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis.

SEJARAH TELEVISION (TV)

  

Assalamulikukm semua ajang hilmi nak kongsi pasal tv Untuk kali ini sebak kita semua suke tegok tv hari -hari tak kira apa rancangan pun baik berita .suka, info , cerita dan macam-macam lagi yang kita boleh tonton 
betuk tak ?ramai tak tahu pasal  tv atau siapa yang mencita tv ...ok ini lah fakta yang ajang hilmi dapat untuk kali yang kita boleh kongsi bersama....

Pengenalan Televisyen

Televisyen berasal dari dua kata yang berbeza asalnya iaitu tele (Bahasa Yunani) yang bererti jauh dan visi (Videre - Bahasa Latin) yang bererti penglihatan. Televisyen, kata asalnya television (Bahasa Inggeris) bermaksud melihat jauh. Melihat jauh dalam konteks pemahaman ini disamakan dengan gambar dan suara yang diterbitkan di suatu tempat (Studio Televisyen) dapat dilihat dari tempat lain menerusi sebuah alat penerima (peti TV).

Istilah television sebenarnya baharu dicetuskan pada 25 Ogos, 1900 di Kota Paris, Perancis, semasa satu pertemuan para ahli bidang elektronik dari beberapa negara diadakan di situ.


Perkembangan Television

Perkembangan bidang teknologi elektronik dunia memperlihatkan beberapa kemajuan awal sejak abad ke-19 hinggalah ke abad ini. Siaran radio yang mendahului kemunculan televisyen dalam bidang itu telah dirintiskan oleh seorang ahli elektronik bernama Dane. Dalam tahun 1802, beliau telah menemukan bahawa 'pesan' dapat dikirim melalui kawat beraliran elektrik dalam jarak pendek dalam satu eksperimennya yang sederhana. Penemuan itu kemudian diperkembangkan pula oleh James Maxwell, Heinrich Bertz dan Guglemo Marconi.

Maxwell, ahli geografi Inggeris, berjaya menemukan rumus-rumus yang dipercayai dapat mewujudkan gelombang elektromagnet iaitu gelombang yang digunakan untuk radio dan tv pada tahun 1865. Beliau berpendapat gerakan magnetik dapat menerusi ruang angkasa secara bergelombang dengan kecepatan 186 000 batu per saat selari dengan kecepatan cahaya.

Teorinya didapati benar dan Maxwell dikenali sebagai "Scientific Father Of Wireless" (Bapa Saintifik Wayarles).


Pada tahun 1884, Hertz juga mendapati teori Maxwell benar dan pada tahun 1895, Marconi mempraktikkan teori itu. Pada tahun 1896 Marconi berjaya mengesan bunyi tanpa kawat dan pada tahun 1901, dia berjaya pula mengembangkannya dengan jarak melintasi Lautan Atlantik.


Pada tahun 1906, Dr. Lee de Forest dari Amerika Syarikat telah mengembangkan penemuan Marconi dan menciptakan tiub vakum yang memungkinkan suara dapat dipancarkan. Siaran radio pada awalnya telah oleh David Sarnoff (1915) dan seterusnya siaran radio itu berkembang seperti sekarang ini.


Berasaskan penemuan Dane (1802), muncul berbagai perkembangan dalam bidang komunikasi dengan inovasi terbaharu. Antaranya termasuklah telegraf, telefon, gelombang elektromagnet, radio perhubungan, radio siaran dan juga televisyen pada abad ke-20.

Kita harus menghargai sumbangan yang telah dimainkan oleh beberapa orang ahli sains yang telah berjaya melakukan penelitian untuk mewujudkan 'gagasan' pemindahan gambar dari satu tempat ke tempat lain menerusi menerusi udara.

Antara mereka ialah Maurice le Blance, Brillouin, Seleneqdan Dussand (di Paris), de Paiva (Lisbon), Heinreich Hertz dan Paul Nipkow (Berlin), Sutton Bidwell, Alexander Bain (London) dan Ferdinand Braun (Strassbueg). Mereka adalah peletak dasar gagasan-gagasan perkembangan TV di masa depan.


Penyelidikan untuk terus meningkatkan teknologi TV dilanjutkan menjelang Perang Dunia Pertama. Dasar TV warna pula telah dicanangkan oleh nama-nama seperti dari Jerman, Max Dickman, Rosing dan Vladimir, dari London ditemui nama Campell Swinton, Di Paris Armengaud, Rignoux dan Fournier dan di Budapest, Denes von Mihaly.

Sewaktu meletusnya Perang Dunia Pertama dan Kedua, sejarah telah menyaksikan satu perpindahan golongan penyelidik teknokrat dari Benua Eropah ke Amerika Syarikat. Antara mereke termasuklah Zworykin (Rusia) pada tahun 1918 dan Charles Jenkin dan Farnworth dari Eropah. Kehadiran mereka mendorong perkembangan yang pesat dalam bidang televisyen di negara berkenaan.


Dari nama-nama peletak dasar TV di atas, perlu diingati juga akan penemuan Paul Nipkow (1884) iaitu sebuah alat bernama Jantra Nipkow (disebut Nipkow Disk dan Nipkowsheibe), yang melahirkan TV mekanik yang waktu itu bernama Electrische Teleskop.

Televisyen elektronik seperti yang kita miliki sekarang ini sebenarnya berpunca dari perubahan dasar TV mekanik yang mempergunakan teknik penyapuan (scanning device) walhal televisyen elektronik menggunakan teknik penyapuan secara elektrik. Semua ini berlaku hasil kerjasama para ahli elektronik Eropah dan Amerika Syarikat pada tahun 1923.



Paul Nipkow telah diletakkan sebagai perintis pembangunan pertelevisyenan kerana penemuan Jantra Nipkow nya yang mana kemudian menjadi dasar perkembangan pertelevisyenan sampai diketemukannya teknik penyapuan secara elektronik pada tahun 1923. Beliau juga telah dianggap oleh dunia sebagai Bapa televisyen.
sekarang tv dalamHD dan LCD palt sirkim...
dalam  komputer dan lap top serta smart fon pun kita boleh tegok tv betul tak zaman dah maju tv pun maju... dan tv pun boleh masuk web kalau rumah kita nak wifi betul tak?
Begitulah serba sedikit mengenai sejarah TV hanya sebagai info asas untuk kita semua. Suatu masa dahulu TV merupakan satu alat yang sungguh dibanggakan bagi mereka yang boleh memilikinya sama seperti telefon bimbit sekarang.
ok jumper lagi semua wasalam 
 

Isnin, 7 April 2014

KEJAYAAN DIRI SENDIRI



Salam Sihat Semua Percaya Tak Apa Yang Ajang Hilmi Nak Kata Ini

KEJAYAAN Bergantung Kepada Apa Yang Anda Lakukan Dengan Diri Anda Sendiri.....
DAN Bermula Dari Diri Sendiri

nota: dapat ia pada masa catantan  dibuat...

wasalam...

SAYA YANG CEMERLANG SAYA BOLEH



ASSALAMULAIKUM SEMUA...
ajang hilmi nak berjaya...nak yang pertama..... anda nak tak ? kalau nak ni dia  kata-kata yang anda boleh guna sebagai azimat atau azam kita bersama

Jika Ada 1000 Orang Yang Cemerlang SAYA  Adalah Antaranya,

Jika Ada 10 Orang  SAYA YANG PERTAMA

Jika Ada Cuma SEORANG SAYA ORANGNYA...

TAMPAT PERTAMA SAYA YANG PUNYA
 SAYA YAKIN BOLEH
 YAKIN BOLEH... BOLEH LAH...

KUNCI KEJAYAAN


SALAM SEMUA SALAM SIHAT ....KATA KUNCI HARI INI
Jadikanlah TAKWA Bahteramu...IMAN Sebagai Muatan Dan TAWAKAL Sebagai Layar, Moga-moga KITA Peroleh KEJAYAAN..
ITU LAH LAH DIA KUNCI KEJAYAAN KITA Simpan Sebagai Azam Anda Semua OK
wasalam..

Selasa, 1 April 2014

SECUKUP GARAM



Assalamulaikum semua....untuk kali ini ajang hilmi nak cerita pasal cukup garam ...apa dia secukup garam itu ya ? kita sebagai umat islam selalu tak lari dari ceramah agama  ...baik dalam media atau tempat kita tinggal di surau. tempat belajar.. dan tempat kerja kita ..ada kala nya ok ada kala nya bosan ada yang boleh buat kita tertidur betul tak yang buat kita ketawar pun ada....tahu tak? ini semua bergatung pada peceramah .cara dia berceramah.isi ceramah susuh atur isi ceramah itu..ramai orang berkata,ceramah tanpa unsur hiburan akan kehilangan daya tarikan.para pendengar akan kebosanan mendengar satu jam atau lebih tanpa gurauan, nyanyian dan lain-lain lagi... ramai pasti tertidur semasa ceramah...
Yang betulnya peceramah mesti pandai memekat audiens agar mesej yang hendak disampaikan boleh diterima degan baik dan dan di kongsi, disampaikan semula..Unsur-unsur hiburan  boleh digunakan secukupnya ibarat secubit garam untuk memberi rasa dalam  masakan bak kata Sayidina Ali Bin Abi Talib:
"MASUKKAN GURAUAN DALAM UCAPAN SECUKUP GARAM DALAM MAKANAN"
sebagaimana garam yang berlebihan akan merosakkan masakan. (ada satu babak dalam cerita bujang lapok memasak di dapur ...salah seorang dari mereka tambah garam dengan secara tiba-tiba terkena garam yang diletak ditepi kan masa nak makan masak ayam tu tak boleh makan...macam itu lah kalau terlebih..garam)
hiburan yang berlebiham juga dapat memesongkan atau merosak ceramah agama daripada matlamat asal. sering kali pendengar hanya mengigat unsur lawak dalam ceramah, bukannya ingat mesej utama yang disampaikan perceramah..contah ustaz azhar idrus, kazim,ustaz bollywood dan lain-lain lagi yang kita tahu.... ceramah merak tak akan rasa bosan atau nak tertidur betul tak kerana ini lah yang dinamakan secukup garam...jadi kepada ustza atau ustaza yang lain cuba buat macam mereka...
ok ia buka dalam ceramah aje baik dalam apa pun  dalam kehidupan kita sekali pun ia perlu ada contoh mesyuarat kalau kasih nak cari salah oarang aje nak bertikam lidah ... kan tak ok cuba kalau ada yang melawak  satu mesyuarat gambira aje ..kalau tak masam aje dari asam jawa... selepas kalau dari bilik mesyuarat itu bang .aka hhhehheeh lawak ok... kalau bercinta pun sama apa kena ada lawak lawak sikit baru ok cinta itu kan sebut pasal cinta semua tahu aje dah faham terus apa yang ajan g hilmi nak sampai kan....ok lah sampai sini aje untuk kali ni.... ingat tau semua secukup garam ada terbaik.... maaf kalau salah jumper lagi wasalam............