Assalamulikukm semua ajang hilmi nak kongsi pasal tv Untuk kali ini sebak kita semua suke tegok tv hari -hari tak kira apa rancangan pun baik berita .suka, info , cerita dan macam-macam lagi yang kita boleh tonton
betuk tak ?ramai tak tahu pasal tv atau siapa yang mencita tv ...ok ini lah fakta yang ajang hilmi dapat untuk kali yang kita boleh kongsi bersama....
Pengenalan Televisyen
Televisyen berasal dari dua kata yang berbeza asalnya iaitu tele (Bahasa Yunani) yang bererti jauh dan visi (Videre
- Bahasa Latin) yang bererti penglihatan. Televisyen, kata asalnya
television (Bahasa Inggeris) bermaksud melihat jauh. Melihat jauh dalam
konteks pemahaman ini disamakan dengan gambar dan suara yang diterbitkan
di suatu tempat (Studio Televisyen) dapat dilihat dari tempat lain
menerusi sebuah alat penerima (peti TV).
Istilah
television sebenarnya baharu dicetuskan pada 25 Ogos, 1900 di Kota
Paris, Perancis, semasa satu pertemuan para ahli bidang elektronik dari
beberapa negara diadakan di situ.
Perkembangan Television
Perkembangan
bidang teknologi elektronik dunia memperlihatkan beberapa kemajuan awal
sejak abad ke-19 hinggalah ke abad ini. Siaran radio yang mendahului
kemunculan televisyen dalam bidang itu telah dirintiskan oleh seorang
ahli elektronik bernama Dane. Dalam tahun 1802, beliau telah menemukan
bahawa 'pesan' dapat dikirim melalui kawat beraliran elektrik dalam
jarak pendek dalam satu eksperimennya yang sederhana. Penemuan itu
kemudian diperkembangkan pula oleh James Maxwell, Heinrich Bertz dan
Guglemo Marconi.
Maxwell, ahli
geografi Inggeris, berjaya menemukan rumus-rumus yang dipercayai dapat
mewujudkan gelombang elektromagnet iaitu gelombang yang digunakan untuk
radio dan tv pada tahun 1865. Beliau berpendapat gerakan magnetik dapat
menerusi ruang angkasa secara bergelombang dengan kecepatan 186 000 batu
per saat selari dengan kecepatan cahaya.
Teorinya didapati benar dan Maxwell dikenali sebagai "Scientific Father Of Wireless" (Bapa Saintifik Wayarles).
Pada tahun 1884,
Hertz juga mendapati teori Maxwell benar dan pada tahun 1895, Marconi
mempraktikkan teori itu. Pada tahun 1896 Marconi berjaya mengesan bunyi
tanpa kawat dan pada tahun 1901, dia berjaya pula mengembangkannya
dengan jarak melintasi Lautan Atlantik.
Pada tahun 1906,
Dr. Lee de Forest dari Amerika Syarikat telah mengembangkan penemuan
Marconi dan menciptakan tiub vakum yang memungkinkan suara dapat
dipancarkan. Siaran radio pada awalnya telah oleh David Sarnoff (1915)
dan seterusnya siaran radio itu berkembang seperti sekarang ini.
Berasaskan
penemuan Dane (1802), muncul berbagai perkembangan dalam bidang
komunikasi dengan inovasi terbaharu. Antaranya termasuklah telegraf,
telefon, gelombang elektromagnet, radio perhubungan, radio siaran dan
juga televisyen pada abad ke-20.
Kita harus
menghargai sumbangan yang telah dimainkan oleh beberapa orang ahli sains
yang telah berjaya melakukan penelitian untuk mewujudkan 'gagasan'
pemindahan gambar dari satu tempat ke tempat lain menerusi menerusi
udara.
Antara mereka
ialah Maurice le Blance, Brillouin, Seleneqdan Dussand (di Paris), de
Paiva (Lisbon), Heinreich Hertz dan Paul Nipkow (Berlin), Sutton
Bidwell, Alexander Bain (London) dan Ferdinand Braun (Strassbueg).
Mereka adalah peletak dasar gagasan-gagasan perkembangan TV di masa
depan.
Penyelidikan
untuk terus meningkatkan teknologi TV dilanjutkan menjelang Perang Dunia
Pertama. Dasar TV warna pula telah dicanangkan oleh nama-nama seperti
dari Jerman, Max Dickman, Rosing dan Vladimir, dari London ditemui nama
Campell Swinton, Di Paris Armengaud, Rignoux dan Fournier dan di
Budapest, Denes von Mihaly.
Sewaktu
meletusnya Perang Dunia Pertama dan Kedua, sejarah telah menyaksikan
satu perpindahan golongan penyelidik teknokrat dari Benua Eropah ke
Amerika Syarikat. Antara mereke termasuklah Zworykin (Rusia) pada tahun
1918 dan Charles Jenkin dan Farnworth dari Eropah. Kehadiran mereka
mendorong perkembangan yang pesat dalam bidang televisyen di negara
berkenaan.
Dari nama-nama
peletak dasar TV di atas, perlu diingati juga akan penemuan Paul Nipkow
(1884) iaitu sebuah alat bernama Jantra Nipkow (disebut Nipkow Disk dan
Nipkowsheibe), yang melahirkan TV mekanik yang waktu itu bernama
Electrische Teleskop.
Televisyen
elektronik seperti yang kita miliki sekarang ini sebenarnya berpunca
dari perubahan dasar TV mekanik yang mempergunakan teknik penyapuan
(scanning device) walhal televisyen elektronik menggunakan teknik
penyapuan secara elektrik. Semua ini berlaku hasil kerjasama para ahli
elektronik Eropah dan Amerika Syarikat pada tahun 1923.
Paul Nipkow
telah diletakkan sebagai perintis pembangunan pertelevisyenan kerana
penemuan Jantra Nipkow nya yang mana kemudian menjadi dasar perkembangan
pertelevisyenan sampai diketemukannya teknik penyapuan secara
elektronik pada tahun 1923. Beliau juga telah dianggap oleh dunia
sebagai Bapa televisyen.
sekarang tv dalamHD dan LCD palt sirkim...
dalam komputer dan lap top serta smart fon pun kita boleh tegok tv betul tak zaman dah maju tv pun maju... dan tv pun boleh masuk web kalau rumah kita nak wifi betul tak?
Begitulah serba
sedikit mengenai sejarah TV hanya sebagai info asas untuk kita semua.
Suatu masa dahulu TV merupakan satu alat yang sungguh dibanggakan bagi
mereka yang boleh memilikinya sama seperti telefon bimbit sekarang.
ok jumper lagi semua wasalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan