Isnin, 5 Oktober 2015

TELINGA DAN MULUT




Assalamuliakum semua.. tahu tak kita ini

DICIPTAKAN DUA TERLINGA DAN SATU MULUT SUPAYA KITA LEBIH BANYAK MENDENGAR DARIPADA BERKATA-KATA

ORANG YANG BERJAYA IALAH ORANG YANG SUKE MENDENGAR DAPIPADA BERCAKAP

KERANA ORANG YANG SUKE BERCAKAP ...IALAH ORANG SUKE BERBOHONG....

wasalam.

DUA PERKARA YANG MEROSAKKAN MANUSIA



Assalamuliakum semua.... sihat ....?

ingat tau

Setiap dari pada kita hendaklah sedar mengenai dua perkara yang boleh merosakkan manusia

Pertama, kemewahan yang berlebihan.

Kedua ,perkataan yang dituturkan berlebihan.

manusia ini selalu lupe bila mereka berkata-kata...
manusia ini selalu lupe bila mereka berharta.....


wasalam ....jumper lagi maaf lupe apa nak tulis....

Rabu, 26 Ogos 2015

BAGAIMANA BENDERA MALAYSIA MENDAPAT NAMA JALUR GEMILANG


Assalamuliakum semua  merdekaan merdekaan merdekaan....  sihat.... semua.....? kita dah pun  masuk bulan kemerdekaan  dan tak lama lagi kita akan sembut hari kerdekaan ke 58 tahu tak....
Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan pada tahun 2015 lebih menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2015Pemilihan tema #sehatisejiwa telah diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek #sehatisejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada Sebagai makluman, mulai tahun 2015 sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya mengikut tahun...
untuk kali ni ajang hilmi nak kongsi pasal jalur gemilang  tahu tak semua...




Pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-40, Perdana Menteri, Tun Mahathir bin Mohamad telah mengistiyarkan nama bendera Malaysia sebagai Jalur Gemilang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Sebelum itu, pada tahun 1995, Datuk Hashim Mat Dris mencadangkan bendera Malaysia diberikan nama rasmi seperti bendera kebangsaan Indonesia digelar Sang Saka Merah Putih, United Kingdom – Union Jack, Amerika Syarikat – Star Spangled Banner dan bendera Perancis digelar Tricolor.

Beliau memberi cadangan bendera Malaysia dinamakan sebagai "Si Tuah". Sempena nama Hang Tuah, pahlawan Melayu yang berani, gagah perkasa dan setia kepada raja.

Cadangan beliau itu kemudiannya telah diusulkan kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pada 11 Julai 1995 Tun Dr. Mahathir telah bersetuju supaya diadakan satu peraduan bagi memilih nama yang sesuai untuk bendera Malaysia. Oleh itu, satu Jawatankuasa Induk Peraduan Mencipta Nama Bendera Malaysia ditubuhkan. Jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid dan dianggotai oleh wakil daripada beberapa kementerian dan agensi yang berkenaan.

Dalam mesyuarat pada 1 April 1996, jawatankuasa induk peraduan mencipta nama bendera Malaysia telah bersetuju bahawa pemilihan cadangan nama bendera Malaysia tidak perlu dibuat melalui peraduan tetapi memadai dipilih daripada senarai nama yang dikemukakan oleh ahli-ahli jawatankuasa yang terdiri daripada wakil-wakil kementerian dan agensi yang berkaitan. Tun Dr. Mahathir Mohamad bersetuju dengan cadangan tersebut. Nama Jawatankuasa itu kemudiannya ditukar menjadi, Jawatankuasa Induk Menamakan Bendera Malaysia.

Jawatankuasa itu telah menimbang 75 cadangan nama berserta huraiannya. Setelah penelitian dibuat, tiga cadangan nama dipilih iaitu ‘Setia Perkasa’, ‘Seri Setia Perkasa’ dan ‘Seri Setia Negara’. Cadangan nama-nama tersebut dipilih kerana ia didapati sesuai sebagai lambang sejarah dan perjuangan negara serta mampu memupuk semangat jitu di kalangan rakyat untuk terus maju membina sebuah negara yang aman makmur.

Pada 11 September 1996, usul dikemukakan kepada jemaah menteri mengenai tiga nama cadangan yang dipilih. Namun, kesemua nama-nama tersebut gagal memikat hati ahli-ahli mesyuarat Kabinet yang berpandangan bahawa ia tidak benar-benar melambangkan sifat dan semangat yang diwakili oleh bendera Malaysia itu sendiri.

Jemaah menteri kemudiannya meminta supaya cadangan-cadangan baru dikemukakan. Berikutan keputusan itu, Jawatankuasa Induk Menamakan Bendera Malaysia bersidang semula untuk mencari cadangan nama-nama baru untuk bendera Malaysia.

Dalam mesyuarat pada 2 Jun 1997 yang dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Halim Ali, Ketua Setiausaha Negara pada waktu itu sebanyak 28 cadangan nama dipertimbangkan. Setelah membuat penelitian, mesyuarat bersetuju memilih tiga nama mengikut keutamaan seperti berikut: ‘Jalur Gemilang’, ‘Jalur Nusa Gemilang’ dan ‘Jalur Sinar Gemilang’.

Apabila ketiga-tiga cadangan nama tersebut dibentangkan pada 9 Julai 1997, jemaah menteri telah bersetuju supaya bendera Malaysia diberi nama ‘Jalur Gemilang’.

Nama Jalur Gemilang di ilhamkan oleh Tuan Haji Md. Rebuan @Md. Redzuan Bin Tumin Pegawai Dari Jabatan Muzium Antikuiti.

 # NAK tahu Tak apa Maksud Nama Jalur Gemilang 


JALUR - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.

GEMILANG - bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di luar negara. Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.

Sejarah Bendera Malaysia
Sejarah Bendera Malaysia bermula apabila Majlis Raja-Raja Persekutuan Tanah Melayu menubuhkan satu Jawatankuasa pada tahun 1949 untuk menimbang serta membuat perakuan berkenaan dengan Bendera Persekutuan Tanah Melayu.

Satu pertandingan merekacipta bendera Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. 373 orang telah mengambil bahagian didalam pertandingan ini dan tiga rekabentuk bendera telah dipilih ke peringkat akhir:
  • Reka bentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima.
  • Reka bentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama kecuali 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi Keris Bersilang tersebut.
  • Reka bentuk ketiga ialah 11 jalur biru-putih dengan Bulan Bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

Sebelum memilih rekabentuk bendera yang menjadi juara, Majlis Perundangan Persekutuan telah menjemput orang ramai untuk memberi pendapat masing-masing tentang rekebentuk yang disukai oleh mereka. Pendapat umum ini telah disiarkan oleh The Malay Mail.

Pada 28 November 1949, keputusan telah dibuat berdasarkan suara majoriti orang ramai yang memilih reka bentuk ketiga yang dicipta oleh seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu Encik Mohamad bin Hamzah.

Pada 22 dan 23 Februari 1950, Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah bersetuju dengan Reka bentuk bendera tersebut dengan beberapa pindaan.


Pada 19 April 1950 Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:


"That in the opinion of this Council, the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:-


Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven-pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet."


Rekabentuk tersebut diubah dengan menukar warna putih pada bulan dan bintang kepada warna kuning untuk melambangkan warna diraja bagi raja-raja Melayu dan juga menambah bucu bintang kepada 11 untuk mengambil kira jumlah negeri yang ada dalam Persekutuan Tanah Melayu.


Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950.
Malaya flag


Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan ialah dalam majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh D.Y.M.M. Raja-Raja Melayu dan Pegawai-Pegawai King George VI.


Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Dengan percantuman itu, bendera Persekutuan Tanah Melayu telah diubah suai untuk mengambil kira penambahan negeri-negeri tersebut.


Duli-Duli yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan iaitu reka bentuk Bendera Malaysia hendaklah mengikut reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia.


Walaupun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang. Kini jalur-jalur dan bintang berpenjuru 14 melambangkan keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan (terdiri daripada 3 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.)


Maksud Rekabentuk Bendera Malaysia

Bendera Malaysia; dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.
Jalur Gemilang


Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi bagi Persekutuan (Malaysia seperti yang telah tertakluk dibawah Perlembagaan Negara Malaysia).


Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

itu sahaja buat kali ini.... yang ajang hilmi dapat kongsi tak tahu...????? kenapa ajang hilmi nak kongsi pasal jalur gemilang kita sebak ramai  di antara kita dan adik -adik kita tahu tahu nama asal jalur gemilang kita ni    ...... .semoga 
Kemerdekaan tahu ni negara kita lebih baik.....dan aman damai  untuk menjadi nerga yang lebih maju....serta dapat bersama-sam negara negara maju lain....

merdekaan merdekaan merdekaan...

wasalam jumper lagi........#AnakanakMalaysia


Khamis, 20 Ogos 2015

HORMAT ORANG



TIDAK ada guna berlagak sombong kerana ia  menghapuskan perasaan hormat orang ramai pada anda, walau  siapapun anda...

fikir-fikir kan ok semua.......




Selasa, 28 Julai 2015

Isnin, 13 April 2015

5 CARA BERFIKIR UNTUK MENDIDIK DIRI MENJADI ORANG KAYA


Assalammulaikum semua.... sihat ajang hilmi sihat selalu...pada waktu ajang hilmi buat catatan ni  semua orang sibuk bercerita pasal GST.....hu.. heeee keee haahah...hihihihi susah kalau kita tak berduit berharta kan.... kita tak  boleh kaya cepat....betul tak ?tapi kita nak kaya kan tak salah itu kita ada impian jadi kaya  tapi kita kena usaha dan ubah cara kita berfikir....unutk kali ni ajang hilmi terbaca catatan ni jom kita kongsi bersama... catatan itu kata macam ni...
Semua orang ingin menjadi kaya – mencapai kebebasan kewangan dan gaya hidup yang bebas. Kuasa membeli pada zaman kini pula semakin kurang. Antaranya kerana berlaku penurunan nilai matawang atau lebih dikenali sebagai inflasi. Suatu pepatah yang juga hakikat tentang wang adalah,
“Lebih banyak wang, lebih banyak pilihan.”
Saat kita masuk ke kedai makan, bagi orang miskin atau sederhana, apa yang mereka akan pandang terlebih dahulu adalah harga. Bagi orang kaya, mereka memandang apa yang mereka mahu makan terlebih dahulu.

Andai mahu pergi melancong di luar negara pada esok pagi, orang kaya boleh memilih untuk pergi pada esok pagi juga. Berbanding orang biasa perlu fikir daripada sudut kos, malah mungkin akan perlu menabung dalam tempoh tertentu sebelum bercadang untuk pergi. Berikut adalah 7 perkara yang dilatih sebelum kita mahu jadi orang kaya.

1. Jangan lakukan kerana wang

Wang bukan sesuatu motivasi yang bagus untuk melakukan sesuatu. Bagi umat Islam, wang dipercayai adalah antara perkara yang tidak bersifat kekal. Antara pemikiran orang kaya, mereka bukan seorang yang pentingkan diri sendiri.
Sebaliknya, mereka adalah orang yang akan mengagihkan kekayaan mereka kepada orang yang memerlukan. Apa yang mereka dapat, mereka akan beri semula kepada komuniti. Seperti kata pepatah,
“Hidup adalah untuk memberi.”

2. Bersyukur

Kita mungkin mampu bersabar, namun sedikit sekali antara kita yang mampu bersyukur. Orang biasa lebih mudah mencari perkara untuk dirungutkan, namun orang kaya memilih untuk mensyukuri apa yang mereka ada. Kata Oprah Winfrey,
“Be thankful for what you have; you’ll end up having more. If you concentrate on what you don’t have, you will never, ever have enough.”
Semakin kita mensyukuri apa yang kita ada, kita akan dapati lebih banyak nikmat untuk disyukuri. Berbanding apabila kita fokus pada yang kita tidak ada, kita tidak akan pernah rasa puas dan mencukupi.

3. Jauhi perkara negatif

Fikir negatif lebih mudah daripada fikir positif betul? Namun, sama ada kita mahu atau tidak, penting untuk kita kendalikan pemikiran kita supaya sentiasa berfikiran positif dengan membayangkan apa yang kita mahu dalam kehidupan ini.

Perkara negatif juga boleh termasuk orang-orang yang mematahkan impian kita. Andai mereka adalah ahli keluarga kita, atau sahabat karib kita, apa yang kita boleh usahakan adalah buat kerja dalam diam, biarkan kejayaan yang bercerita.

4. Gunakan bakat anda

Bakat dan kemahiran adalah dua perkara beza. Andai kita tahu mereka baju, pergi ke kelas-kelas berkaitan cara mereka baju yang disukai pelanggan untuk meningkatkan kemahiran mereka baju kita.
Tiap servis akan digunakan oleh orang lain. Oleh sebab itu, penting kita lakukan perkara yang boleh membantu menyelesaikan masalah orang lain.

5. Clash dengan ketakutan dan kebimbangan

Ketakutan dan kebimbangan adalah antara pembunuh senyap seseorang daripada menjadi orang kaya. Ia juga sinonim dengan suara kecil atau aktiviti sabotaj diri.
Usahakan untuk sentiasa mencari sesuatu yang akan menginspirasikan, berdoa, meletakkan pergantungan dengan Allah, affirmasi yang positif supaya semakin menjauhkan diri kita dengan ketakutan dan kebimbangan tentang kurang potensi menjadi kaya. itu sahaja lah yang ajang hilmi dapat kongsi bersama untuk kali ni.... wasalam...

Khamis, 26 Mac 2015

HIDUP



INI BUKAN HIDUP

INI CUMA TAK MATI...............