Isnin, 13 April 2015

5 CARA BERFIKIR UNTUK MENDIDIK DIRI MENJADI ORANG KAYA


Assalammulaikum semua.... sihat ajang hilmi sihat selalu...pada waktu ajang hilmi buat catatan ni  semua orang sibuk bercerita pasal GST.....hu.. heeee keee haahah...hihihihi susah kalau kita tak berduit berharta kan.... kita tak  boleh kaya cepat....betul tak ?tapi kita nak kaya kan tak salah itu kita ada impian jadi kaya  tapi kita kena usaha dan ubah cara kita berfikir....unutk kali ni ajang hilmi terbaca catatan ni jom kita kongsi bersama... catatan itu kata macam ni...
Semua orang ingin menjadi kaya – mencapai kebebasan kewangan dan gaya hidup yang bebas. Kuasa membeli pada zaman kini pula semakin kurang. Antaranya kerana berlaku penurunan nilai matawang atau lebih dikenali sebagai inflasi. Suatu pepatah yang juga hakikat tentang wang adalah,
“Lebih banyak wang, lebih banyak pilihan.”
Saat kita masuk ke kedai makan, bagi orang miskin atau sederhana, apa yang mereka akan pandang terlebih dahulu adalah harga. Bagi orang kaya, mereka memandang apa yang mereka mahu makan terlebih dahulu.

Andai mahu pergi melancong di luar negara pada esok pagi, orang kaya boleh memilih untuk pergi pada esok pagi juga. Berbanding orang biasa perlu fikir daripada sudut kos, malah mungkin akan perlu menabung dalam tempoh tertentu sebelum bercadang untuk pergi. Berikut adalah 7 perkara yang dilatih sebelum kita mahu jadi orang kaya.

1. Jangan lakukan kerana wang

Wang bukan sesuatu motivasi yang bagus untuk melakukan sesuatu. Bagi umat Islam, wang dipercayai adalah antara perkara yang tidak bersifat kekal. Antara pemikiran orang kaya, mereka bukan seorang yang pentingkan diri sendiri.
Sebaliknya, mereka adalah orang yang akan mengagihkan kekayaan mereka kepada orang yang memerlukan. Apa yang mereka dapat, mereka akan beri semula kepada komuniti. Seperti kata pepatah,
“Hidup adalah untuk memberi.”

2. Bersyukur

Kita mungkin mampu bersabar, namun sedikit sekali antara kita yang mampu bersyukur. Orang biasa lebih mudah mencari perkara untuk dirungutkan, namun orang kaya memilih untuk mensyukuri apa yang mereka ada. Kata Oprah Winfrey,
“Be thankful for what you have; you’ll end up having more. If you concentrate on what you don’t have, you will never, ever have enough.”
Semakin kita mensyukuri apa yang kita ada, kita akan dapati lebih banyak nikmat untuk disyukuri. Berbanding apabila kita fokus pada yang kita tidak ada, kita tidak akan pernah rasa puas dan mencukupi.

3. Jauhi perkara negatif

Fikir negatif lebih mudah daripada fikir positif betul? Namun, sama ada kita mahu atau tidak, penting untuk kita kendalikan pemikiran kita supaya sentiasa berfikiran positif dengan membayangkan apa yang kita mahu dalam kehidupan ini.

Perkara negatif juga boleh termasuk orang-orang yang mematahkan impian kita. Andai mereka adalah ahli keluarga kita, atau sahabat karib kita, apa yang kita boleh usahakan adalah buat kerja dalam diam, biarkan kejayaan yang bercerita.

4. Gunakan bakat anda

Bakat dan kemahiran adalah dua perkara beza. Andai kita tahu mereka baju, pergi ke kelas-kelas berkaitan cara mereka baju yang disukai pelanggan untuk meningkatkan kemahiran mereka baju kita.
Tiap servis akan digunakan oleh orang lain. Oleh sebab itu, penting kita lakukan perkara yang boleh membantu menyelesaikan masalah orang lain.

5. Clash dengan ketakutan dan kebimbangan

Ketakutan dan kebimbangan adalah antara pembunuh senyap seseorang daripada menjadi orang kaya. Ia juga sinonim dengan suara kecil atau aktiviti sabotaj diri.
Usahakan untuk sentiasa mencari sesuatu yang akan menginspirasikan, berdoa, meletakkan pergantungan dengan Allah, affirmasi yang positif supaya semakin menjauhkan diri kita dengan ketakutan dan kebimbangan tentang kurang potensi menjadi kaya. itu sahaja lah yang ajang hilmi dapat kongsi bersama untuk kali ni.... wasalam...

Tiada ulasan: