Rabu, 27 Mac 2013

BAGAIMANA UNTUK BANGKIT SEMULA SELEPAS PUTUS CINTA



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua 

. Hari ini ingin Ajang hilmi kongsi tip bagaimana untuk bangkit semula dari perasaan sedih dan kecewa akibat putus cinta. ramai kawan-kawan ajang hilmi masih tidak boleh terima hakikat bila d.orang putus atau dapat cinta mereka.... sampai yang ada nak makan pun tak lalu ..BETUL ....
    Putus cinta amat menyakitkan tak kira kepada lelaki atau wanita. Bila kita berada di pihak yang ditinggalkan tanpa rela ia akan menerbitkan rasa sakit hati, kecewa, sedih dan kadang kala ada muncul rasa putus asa untuk meneruskan kehidupan ini.
Bangkitlah semula wahai sahabat. Siapa kita di bumi Allah ini? kita dicipta untuk menjadi khalifah Allah, kita hamba kepada yang Maha Esa bukan hamba cinta. Tujuan kita hidup adalah untuk mencari keredhaan Allah bukan mengejar cinta semata-mata. Jika cinta yang kita kejar itu mencapai matlamat dan diakhiri dengan sebuah ikatan yang halal pastinya setiap amalan kita mendapat ganjaran pahala. Seperti kita tahu orang yang berkahwin pahalanya berlipat ganda berbanding dengan orang bujang, tetapi perlukah kita tangisi perpisahan yang tak mencapai matlamat itu?
              Jangan jadikan diri lemah kerana cinta,    sebaliknya jadikanlah diri kuat dan semakin bersemangat selepas gagal memburu cinta. Hari ini kita gagal, esok pasti kita akan berjaya menemui insan yang lebih baik. Allah akan memberi kita pasangan yang terbaik sesuai dengan keadaan diri kita. Berusahalah mengubah diri menjadi lebih baik dari semalam agar kita berjaya mendapat pasangan 10 kali ganda lebih baik dari yang meninggalkan kita.

        Jika terselit perasaan benci kepada bekas kekasih, maafkan lah dia dengan seikhlasnya. Lupakan keburukannya dan teruskan lalui kehidupan dengan tenang. Jadikan kenangan manis lalu sebagai sesuatu yang indah untuk dikenang bukan sesuatu yang menyakitkan untuk berdiri dan terus melangkah meniti perjalanan hidup.
Perjuangan kita belum selesai selagi nafas masih ada, selagi jantung masih berdetak. Perjuangan cinta perlu selari dengan matlamat mengejar keredhaan Allah. Sapu air mata dan ingatlah matlamat apa kita hidup. Allah tak akan menguji jika kita tak mampu melaluinya. Allah tak akan menganiayai kita. Y’akinlah bahawa jodoh kita pasti tiba juga suatu masa nanti, berusaha menjadi lebih baik agar berjaya menemui seseorang yang lebih hebat dan lebih menghargai diri kamu.
..dan boleh kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh juga kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu-Allah maha mengetahui.
Adakah berbaloi menangisi insan yang tak hargai diri kamu? renungkanlah! dan fikir-fikirkan

jangan jadi manusia yang gila lepas putus cinta ,,, ajang hilmi ada seorang kawan satu hari ajang hilmi kena pindah rumah jadi ajang hilmi cari lah rumah baru untuk disewa... tapi oleh kerana cinta yang tidak sampai kawan ajang hilmi tak duduk rumah yang ajang hilmi dapat dia memberi seribu alasan... rupa-rupa nya bekasa kekasih dia duduk satu baris dengan rumah yang ajang hilmi nak sewa ni lah itu satu cerita benar untuk di kongsi untuk kita jadi lebih baik kalu kita putus cinta... yang lepas tu lepas.... yang baru kita jaga dengan baik...  

semoga jadi manusia yang lebih baik dan terbaik wasalam.....

10 JANJI ALLAH KEPADA YANG INGIN BERKAHWIN

 
 
Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.
 
Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…@kawan-kawan ajang hilmi yang nak kahwin tu...
 
1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
 
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
 
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
 
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
 
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan2perkahwinan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
 
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
 
3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
 
4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
 
5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku -perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
 
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.
 
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
 
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah, Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah, Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
 
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
 
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
 
7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
 
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.
 
8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
 
Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.
 
9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)
 
10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
 
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.
Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?

Selasa, 26 Mac 2013

BERTAUBAT DAN MOHON KEAMPUNAN


Sebagaimana Mamusia yang tidak pernah sekali pun jemu melakukan dosa kepada Allah S.W.T,

Sebegitulah juga (sama dengan) juga  dengan Allah S.W.T yang tidak pernah sekali pun jemu 

mengampunkan dosa para hanba-NYA (Manuisa) asalkan sahaja  hamba-NYA bertaubat dan 

memohon keampunan dari-NYA.(Allah S.W.T)

Isnin, 25 Mac 2013

TIPS MEMBACA BAR KOD PADA PRODUK MAKANAN!


Ajang hilmi nak kongsi sikit cerita betul ini

 

Rakyat malaysia khususnya begitu mengambil berat mengenai makanan yang mereka beli pada hari ini. Tetapi, pernahkah anda terfikir bahawa setiap bar kod pada produk makanan mewakili negara asal yang menjadi pengeluar?
Di sini, kita akan memberi sedikit tutorial mengenai bagaimana nak membaca bar kod pada produk makanan.

TUTORIAL MEMBACA BAR KOD PADA PRODUK MAKANAN
Sentiasalah membaca label pada produk makanan yang anda beli. Apapun yang produk makanan itu hebahkan, pastikan anda belek depan belakang dan baca setiap label terutama kandungan nutrisi pada makanan dan label HALAL pada produk makanan yang anda ingin beli.
Sekarang ini, terlalu banyak produk makanan dari negara luar khususnya China menembusi pasaran Malaysia dan status keselamatan produk makanan dari negara terbabit masih menjadi tanda tanya.
SEKARANG INI, PENGELUAR PRODUK MAKANAN CHINA SUDAH MENGETAHUI YANG RAKYAT MALAYSIA KHUSUSNYA TIDAK MENYUKAI PRODUK “MADE IN CHINA” JADI MEREKA TIDAK AKAN MELABEL DARI MANA PRODUK MAKANAN TERBABIT DIKELUARKAN.
Dunia sekarang begitu mengambil berat mengenai isu GMO (Genetically Modified Organism) dan haiwan yang diberi makan makanan steroid yang membolehkan hasil tuai yang cepat dapat dilaksanakan.
Oleh itu, adalah sangat penting kita mempelajari teknik membaca bar kod agar kita hidup aman sentosa dan dijauhi dari semua jenis bahaya produk makanan yang boleh membawa penyakit dan kematian.
Jika 3 digit pertama menunjukkan 690, 691 atau 692, produk makanan terbabit berasal dari China.
471 adalah buatan Taiwan,
Jika bar kod menunjukkan 00-09 ia merupakan buatan atau dikeluarkan oleh USA.
Ia merupakan hak kita untuk ambil tahu.
Sekarang, anda bolehlah merujuk kepada bar kod dan ingat setiap tiga digit pertama ini ;
890 : MADE IN INDIA
690, 691, 692 : MADE IN CHINA
00 – 09 : USA and CANADA
30 – 37 : FRANCE
40 – 44 : GERMANY
471 : TAIWAN
49 : JAPAN
50 : UK
ENGLISH VERSION : HOW TO KNOW FOOD PRODUCTS BASED ON THEIR BAR CODES!

INGAT SYURA INGAT NERAKA



Kalau Kita Ingat Syurga, Mesti Rasa Seronok :) Nak Buat Pahala.. 

Bila Kita Ingat Tentang Neraka ,Mesti Takut  Nak Buat Dosa... 

Jadi Ingatlah Kedua-dua Ini Selalu Dan Saat

2 UJIAN KITA..




2 Ujian Yang Paling Sukar Di Dalam Hidup Ini Ialah  


Kesabaran Untuk Menunggu Waktu Yang Sesuai..  
                                      Dan 

Keberanian Untuk Menerima Apa Sahaja Yang Bakal Dihadapi

Khamis, 21 Mac 2013

PETUA MASUK RUMAH BARU



Azan - Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah

memberitahu bahawa sekiranya ses...ebuah bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya 

akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah atau 

bangunan yang tidak berpenghuni.

Baca Surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. 


bersabda yang bermaksud: "janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), 

sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga 


menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan 

yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan 

solat dan membaca Al-Quran." (Hadis riwayat Al-Baihaqi)

Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 


tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali, 

surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1 kali, tetapi di ayat terakhir 

bacalah sebanyak 7 kali.

JANGAN TINGGAL SOLAT 5 WAKTU OK...:)

 

ORANG Yang Meninggalakan Solat Telah  Menzalami Diri Semdiri  Kerana Sengaja Membawa 

Diri Ke Siksaan Api Neraka ......................Oleh Itu  .....

Jangan Tinggalkan Solat Lagi OK  ............

CAS TENAGA DENGAN SOLAT FARDU  BERJEMAAH(5 WAKTU)
JIKA BOLEH DENGAN  SOLAT SUNAT..

yang betul 
 Ajang Hilmi
...........................................

Rabu, 20 Mac 2013

TEMBIKAI ELAK PENYAKIT JANTUNG



SALAM
Ajang hilmi baru dapat satu fakta baru pasal buah tembikai ...

Tahu tak buah tembikai membantu menghentikan pengumpulan kolesterol berbahaya, manakala bijinya pula dikatakan dapat mengawal berat badan.. Buat merekan yang mengambil buah ini secara konsisten, ia dikatakan boleh mengurangkan timbunan lemak pada pembuluh darah....
 jadi mereka yang nak elak penyakin jantung bagi ajang hilmi amalkan tis ni....... selamat memcuba...

wasalam...

Isnin, 18 Mac 2013

KATAKAN "JIWA OLE OLE"

 
"Jiwa Ole Ole"

Sabtu, 16 Mac 2013

USAHALAH DENGAN SABAR




       Usahalah dengan sabar, walaupun usaha anda itu perlahan.
Namun dari hari ke sehari, binaan itu akan tumbuh cemerlang.
Percayalah kepada Tuhan, dan dengan penuh keyakinan,
Bahawa anda akan berjaya dari apa yang anda usahakan

SATU LEBIH BAIK




Satu Impian Lebih Baik Dari Seribu Mimpi, Satu Kesedaran Lebih Baik Dari Seribu Impian,
Satu Tindakan Lebih Baik Dari Seribu Kesedaran, Satu Matlamat Lebih Baik Dari Seribu Tindakan,
Satu Keihklasan Lebih Baik Dari Seribu Matlamat.

Khamis, 14 Mac 2013

PAPAN TANDA PUNYA CERITA


Seorang pelajar terlewat ke sekolah kerana papan tanda
Cikgu: Kenapa awak lambat?

Adam: Kerana sebuah papan tanda.

Cikgu: Jangan bagi alasan bukan2,,Kamu kan datang sekolah naik moto ? kenapa mesti lambat datang sekolah ha?

Adam: Kan saya dah cakap cikgu ini semua pasal papan tanda

Cikgu: Kenapa dengan papan tanda

Adam: dekat papan tanda tu ada tulis "Sekolah di hadapan, perlahan kan kenderaan,,saya perlahan kan lah moto saya

Cikgu: $%&#

Isnin, 11 Mac 2013

BAHAGIA MILIK KITA

 
 
Betul dan percayalah tak perlu rasa cemburu melihat kebahagiaan orang lain ..... tiba masanya.... kita pulak akan merasa bahagia itu Allah itu maha adil...:) sabar lah menggu masa itu...

Jumaat, 8 Mac 2013

KEMBALILAH TERSENYUM





KITA CERITA PASAL SENYUM LAGI YOK ajang hilmi nak kongsi ni CERITA KERANA
Beruntung sungguh menjadi seorang Muslim. Setiap gerak tingkah sentiasa ada pedomannya. Walau perkara yang amat kecil jika dipandang, namun hati tetap senang dengan setiap landasan yang diberikan. Islam agama yang menyentuh keseluruhan kehidupan.
Rukun Iman yang enam sudah kita ketahui dan perlu diyakinkan. Menarik untuk perkara yang keenam iaitu percaya kepada Qada dan Qadar atau dengan kata lain percaya kepada apa yang Allah tentukan.
Hidup memang ada cabaran. Terutamanya kepada orang yang beriman. Pasti akan diuji.
Firman Allah SWT:
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [Surah al-Ankabut, Ayat ke-2]  
Ini adalah sunnatullah; ketetapan Allah yang perlu diterima. Walau bagaimanapun, seseorang yang diuji sepatutnya perlu tabah dengan sebarang ujian. Kemiskinan, kekayaan, kesakitan, kehilangan harta benda, kematian dan sebagainya kerana Allah lebih berhak terhadap diri kita. Semua adalah pinjaman.
Yakinlah kita bahawa Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Semestinya Dia tidak akan membebankan hamba-Nya dengan ujian yang tidak mampu dipikul oleh hamba-Nya. Pasti tidak! Tuhan yang Maha Mengetahui tahap keimanan kita dan kesanggupan yang ada pada kita, pasti menguji dengan tahap yang sesuai dengan Iman masing-masing.
Firman Allah:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." [Surah al-Baqarah, Ayat ke-286]
Kembalilah kita tersenyum dan tabah dengan ujian. Memang benar, lidah berbicara petah belum tentu sendi bergerak lincah. Mungkin penulis sedikit kurang untuk indah berbahasa, namun keyakinan penulis tetap pada kalamullah yang tiada setara indahnya bahasa. Bukakanlah selaput kelabu di hati, agar kunang-kunang singgah ke mari, sinar cahaya kan kembali lagi.
Wallahua'lam.

SENYUM SELALU SEPERTI Rasulullah SAW



Bukan sukar untuk menghadiahkan senyuman tetapi kita sendiri menyukarkan senyuman itu ditujukan  di wajah. Hati mana tidak tenang apabila sedang dalam kekusutan, masih lagi boleh tersenyum kepada rakan. Senyuman itu adalah ciptaan indah Allah SWT, malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan Rasulullah SAW, manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya.
Ada beberapa hal menarik pada diri Baginda SAW yang jarang diungkapkan ramai iaitu mengenai senyumnya. Sepintas lalu, hal itu mungkin nampak kecil dan tidak bererti tetapi apabila dikaji, sebenarnya senyuman Rasulullah SAW memberi impak positif yang sungguh luar biasa. Hikmahnya, banyak kejayaan Rasulullah SAW dalam misinya sebagai penyebar risalah tauhid disebabkan oleh senyuman dan keramahan Baginda.
Banyak Tersenyum
Disebabkan itu, Rasulullah SAW dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan Baginda dicintai dan disegani kawan, juga lawan. Sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah SAW yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan betapa indahnya senyuman Rasulullah SAW ialah Saidina Umar. Kata Saidina Umar,
"Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya."
(Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban)
Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan,
"Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW."
(Hadis riwayat At-Tirmizi)
Cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah mana direkodkan oleh Imam At-Tirmizi, beliau berkata,
"Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas."

Senyum Kepada Sesiapa Sahaja
Rasulullah SAW walaupun dalam keadaan marah, tetap mempamerkan senyumannya hatta kepada orang yang tidak disukai. Perkara itu pernah direkodkan Imam Bukhari disebutkan bahawa Saiditina Aisyah berkata:
"Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. Ketika Baginda melihat orang itu dari jauh, maka Baginda bersabda: Dia adalah seburuk-buruk saudara dan anak dalam kerabat. Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk, Baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu. Ketika orang itu sudah pergi, Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, ketika kau melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu. Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati. Kemudian Rasulullah bersabda: Wahai Aisyah, bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?"
Imam al-Khataby ketika mensyarahkan hadis itu berkata, "Hadis ini dilihat dari sudut adab dan ilmu". Ucapan Rasulullah SAW mengenai diri Uyainah sesuatu gambaran yang tidak disukainya secara jelas disebut Ghibah. Ghibah berlaku di antara sebahagian orang dari umat Islam terhadap sebahagian yang lain. Namun, perlakuan Baginda adalah menjelaskan dan mengungkapkannya dalam bentuk nasihat dan kasih sayang terhadap umatnya.
Kerana Baginda sudah dianugerahi sifat kemurahan hati dan akhlak yang baik, maka Baginda memperlihatkan wajah berseri dan tidak menghadapi kesukaran berhadapan orang tidak disukainya. Baginda bertindak sebegitu supaya umat Islam meniru perbuatan Baginda, supaya dapat dihindari keburukan yang boleh menimpa umatnya dan mereka boleh selamat daripada kejahatan dan tipu daya.
Begitu indah akhlak Rasulullah SAW, walaupun seseorang itu tidak disukai, Baginda tetap mempamerkan senyuman dan menyambut kedatangan Uyainah dengan ceria. Sebagai umatnya yang mengaku bahawa Baginda adalah sebaik-baik manusia dan seorang nabi dan rasul, tidakkah kita malu kerana tidak mengikut perbuatan Baginda yang sentiasa menghadiahkan senyuman kepada orang ramai.
Bertegas Bila Perlu
Sesungguhnya beruntunglah mereka yang mengikuti perbuatan Rasulullah kerana harga senyuman tidak ternilai dengan wang ringgit. Ketegasan Baginda juga dapat dilihat dalam hadis diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim mengenai wanita dari kabilah Makhzumiyah yang mencuri. Kaum Quraisy bingung dengan permasalahan itu kerana mereka tahu hukuman pencuri mengikut undang-undang Islam ialah dipotong tangan (mengikut syarat ditetapkan).
Mereka bertanyakan kepada sesiapa yang berani berjumpa Rasulullah SAW memohon melepaskan wanita itu. Usamah disarankan bertemu Rasulullah SAW kerana Rasulullah menyayangi Usamah. Maka Usamah pergi dan berbicara kepada Rasulullah SAW untuk minta pembelaan atas wanita itu. Kemudian Rasulullah SAW bersabda:
"Jadi kamu ingin memohon syafaat (pembelaan) terhadap salah satu dari hukum Allah?"
Setelah mengucapkan ayat itu, Baginda berdiri dan berkhutbah:
"Wahai manusia! Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat sebelum kalian ialah apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi apabila mereka mendapati orang lemah di antara mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman kepadanya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya".
Oleh itu, marilah kita menjadikan senyuman dan ketegasan Rasulullah SAW sebagai panduan dan pada masa sama menilai hikmah di sebaliknya. Senyumlah, kerana senyuman tidak pernah mengurangkan rezeki sesiapa, malah dengan senyuman hati berasa tenang dan sentiasa disenangi orang lain. Sementara bertegaslah dalam keadaan perlu supaya agama tidak diperkotak-katikkan.

KEBERKATAN DAN KELEBIHAN HARI JUMAAT



Pengenalan
Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.A.W.

Penghulu Segala Hari
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.
Kelebihan Hari Jumaat
Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1)  Allah ciptakan Adam ,
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).
Kelebihan Solat JumaatSolat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Malaikat Turun ke Bumi
Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W  mengutuskan  malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
Kesimpulan
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
  • Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.

RAHSIA DOA MUSTAJAB





Ajang hilmi nak kongsi satu tajuk yang kita perlukan dalam hidup iatu doa... ada rahsia d.sebalik doa kita nak tahu rahsia doa mustahab baca apa yang ajang hilmi nak kongsi selamat membaca....

Berdoa merupakan suatu usaha kita untuk meminta bantuan Allah SWT. Segala permintaan mestilah dipanjatkan kepada-Nya dalam keadaan penuh kesyukuran dan kerendahan diri, seperti firman Allah SWT dalam surah al-'araaf ayat ke-55 :

"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan (suara) yang perlahan..."

Berikut amalan, cara-cara dan waktu-waktu yang mana insyaAllah, merupakan jalan yang baik untuk kita memohon pertolongan Allah SWT Segala apa yang ada di sini adalah hasil dari pembacaan dan juga pengajian penulis di dalam bidang hadis, dan diambil dari hadis-hadis yang sahih.

 Waktu-waktu Mustajab Doa

 Satu pertiga malam
Iaitu di antara jam 3.30 pagi atau jam 4 pagi sehingga ke sebelum Subuh. Ini kerana, di dalam hadis Imam Muslim, Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya:
Allah SWT turun dari Arasy-Nya ke langit yang pertama, (iaitu langit dunia) di sepertiga malam, seraya bersabda kepada para malaikat yang menjaga langit pertama, "Adakah di antara hamba-Ku yang berdoa? Aku akan perkenankan. Adakah di antara hamba-Ku yang memohon keampunan? Nescaya akan aku ampunkan dosanya". 
Maka sepertiga malam, atau solat tahajud merupakan waktu yang sangat afdhal untuk kita berdoa kepada Allah SWT.

02.Sewaktu hujan turun
Ketika ini, pintu rezeki dari langit sedang terbuka luas.

03.Waktu di antara dua khutbah khatib pada solat Jumaat
Sepertimana yang telah kita sedia amalkan di mana antara dua khutbah, imam akan membacakan doa dan selawat. Namun adalah lebih afdhal andai di sini kita berdoa secara individu, sebagaimana yang penulis lihat telah mula diamalkan di sesetengah masjid di kawasan Selangor. Ini kerana setiap jemaah yang datang mempunyai hajat, keperluan dan doa yang berlainan di antara satu sama lain.

04.Sewaktu membacakan syahadah akhir setiap kali waktu solat
 Oleh itu nabi Muhammad s.a.w. telah mengajarkan kita doa yang khusus untuk dibacakan di sini, yang akan penulis garapkan di bawah.

05. Tempoh masa dari azan hingga iqamat, dan juga sewaktu bilal telah iqamat untuk solat, dan sewaktu masuk ke dalam saf.

06. Setiap sujud di dalam setiap waktu solat
Nabi Muhammad s.a.w. menyuruh kita memanjangkan sujud kita andai kita mempunyai sebarang doa, dan baginda tidak pernah mengkhususkan sujud mana yang perlu dipanjangkan sama ada sujud di rakaat pertama, kedua, ketiga, atau keempat. Maka, kita boleh memanjangkan mana-mana sujud untuk meluangkan masa berdoa kepada Allah SWT.
Adapun jikalau doa yang ingin dibacakan semasa sujud ini adalah di dalam bahasa selain bahasa Arab, maka hendaklah dibacakan di dalam hati, kerana selain bahasa Arab akan membatalkan solat. Itu merupakan kata-kata para ulama' fekah termasuk As-Syafi'e rahimahullah.

07.Waktu dhuha
 Waktu Dhuha ialah waktu setelah berakhirnya masa tahrim (waktu yang diharamkan solat, dari selepas solat subuh sehingga waktu:
1) Menurut Nabi Muhammad s.a.w., bangunnya anak unta dari tidurnya atau
2) kKta orang-orang tua kita, tinggi matahari sudah mencapai dua galah iaitu lebih kurang sejam sebelum masuknya solat Zohor.
Malahan di antara fadhilat solat Dhuha ialah memurahkan rezeki. InsyaAllah...

Amalan-amalan Yang Memustajabkan Doa

01.Memperbanyakkan amalan-amalan yang sunat setelah kita sudah mencukupkan amalan-amalan yang wajib.

02.Memanjangkan sujud di dalam solat, dan berdoa di dalamnya sebagaimana yang penulis jelaskan di atas.

03.'Menebus' kembali amal baik yang telah kita lakukan.

Seperti yang kita dapati di dalam surah Ali-Imran, yang merupakan bacaan yang baik untuk solat Tahajjud, iaitu,
"Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun; Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada Iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti; Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasul-Mu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji." [Ali-Imran 3:192-194]
Kita lihat di sini sebagai dalil, bahawa boleh bagi kita setelah beramal baik, untuk kita menebus kembali (claim) daripada Allah S.W.T agar memustajabkan doa kita. Hal ini juga telah penulis bawakan di dalam kisah tiga orang sahabat yang terperangkap di dalam gua.

04.Menghulurkan pertolongan.
Menolong orang lain, terutamanya mereka yang dekat dengan kita seperti kaum keluarga dan sahabat handai. Ini kerana sabda nabi S.A.W, "Andai kamu menolong saudara kamu, Allah akan permudahkan bagi kamu urusan kamu".

05.Sabar.
Sabar dalam menghadapi ujian Allah S.W.T. Doa orang yang bersabar sangat didengari Allah S.W.T.

Doa-doa Yang Mustajab

01.Ingin penulis kongsikan di sini beberapa doa yang sangat mustajab untuk dibacakan ketika memohon pertolongan Allah S.W.T. Salah satu daripadanya:
"Allahumma inni as aluka anniy asyhaduka annaka antaAllah, laa ilaa ha illa anta, al-waahidus somadul lazi lam yalid walam yuulad, walam yakun lahu kufuan ahad", yang bererti:
"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu, dengan bahawasanya aku menyaksikan bahawa Engkaulah Allah, tiada Tuhan yang selayaknya disembah melainkan Engkau, Engkau Maha Esa, tempat meminta, Engkau tidak beranak dan Engkau tidak dilahirkan, dan tiada bagi-Mu tandingan dari sesuatu apapun."
Doa ini merupakan doa seorang sahabat yang didengari Rasulullah s.a.w. lalu baginda bersabda, "Engkau telah berdoa kepada Allah SWT dengan tauhid-Nya, yang mana jika engkau berdoa dengannya nescaya pasti akan Dia kabulkan." (Hadis Hasan riwayat Imam Ahmad)

02.Doa Nabi Musa A.S sebagaimana yang direkodkan di dalam al-Quran :
"Rabbi syrah li sodri, wa yassirli amri, wahlul 'uq datan min lisaniy, yafqahu qauliy", bermakna:
"Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, permudahkanlah urusanku, dan bukalah simpulan dari lidahku, agar mereka memahami perkataanku."

03.Membaca nama-nama Allah S.W.T, yang berkaitan dengan doa kita.
Sebagai contoh, ar-Raazik (Maha Pemberi Rezeki) jika memohon rezeki, al-Ghafuur (Maha Pengampun) jika memohon taubat, ar-Rahiim (Yang Maha Pengasih) jika memohon belas kasihan, al-Jabbar (Yang Maha Kuat) jika memohon pembelaan dan juga lain-lain.
Bahkan afdhal juga jika dibacakan kesemua 99 nama Allah, dan berdoa setelah membacanya. Ini kerana sabda nabi S.A.W, "Nama-nama Allah seratus kurang satu, sesiapa yang menghitungnya (menghayati dan mengamalkan) akan masuk Syurga". Maka dengan itu nama-nama Allah sangat mustajab jika didahulukan sebelum berdoa.

04.Doa tahiyat akhir, iaitu "Allahumma 'auzubika min 'azaabi jahannam, wa 'auzubika min 'azaabil qabri, wa 'auzubika min fitnatil mahyaa wal mamaat, wa min syarri fitnatil masiihid dajjal", maksudnya:
"Ya Allah ya tuhanku, aku berlindung dengan-Mu dari seksa Jahanam, dan aku berlindung denganMu dari seksa kubur, dan aku berlindung dengan-Mu dari fitnah orang yang hidup atau mati, dan aku berlindung denganMu dari fitnah al-Masih Dajjal"

Sungguh jika kita lihat secara teliti, dan kita pelajari dengan minda dan hati yang terbuka, kita akan dapati terlalu banyak doa dan amalan yang membawa kepada mustajabnya doa kita. Andai kita cuba beramal dengan semuanya, nescaya kita tidak akan mampu untuk beristiqamah dengannya. Kerana itu kita katakan bahawa ibadah baginda s.a.w. adalah ibadah yang paling sempurna............mengharapkan agar kita semua dapat berbalik kepada keindahan sunnah nabi s.a.w., dan kembali mengikuti cara dan saranan baginda di dalam beribadah, agar doa kita tergolong di dalam doa-doa yang mustajab.

Rabu, 6 Mac 2013

TUJUH PERKARA YANG MEMBAWA KEMULIAAN


 AJANG HILMI BARU AJE BACA MAJALAH TERBAIK TERLAKU PADA ZAMAN NI ADA YANG KITA BOLEH KONGSI JOM BACA SAMA APA YANG AJANG HILMI KONGSI NI...

Sesiapa yang memelihara tujuh perkara, dia akan menjadi orang yang mulia di sisi Allah dan di hadapan malaikat dengan perkara berikut
Diampunkan dosa meskipun sebanyak buih di lautan.
 

Merasakan nikmat ketika melakukan ketaatan.  

Hidup dan mati dalam kebaikan.

Tujuh perkara tersebut ialah:

  1. Membaca bismillah setiap kali memulakan sesuatu perkara.
  2. Mengucapkan alhadulillah setiap kali selesai melakukan sesuatu.
  3. Beristighfar apabila melakukan setiap perkara yang tidak bermanfaat.
  4. Melafazkan insya-Allah apabila berjanji tentang sesuatu hal.
  5. Membaca hawqalah(la hawla wa la quwwwata illa billah) setiap kali mendapat sesuatu yang tidak disukai.
  6. Mengucapkan  inna lillah(inna lillah wa inna ilaih raji`un) pada setiap musibah.
  7. Melafazkan syahadah (la ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah) pada waktu siang dan malam... 

Selasa, 5 Mac 2013

POSITIF LAH


orang yang positif sentiasa memikirkan peluang mnakala oarang yang negatif sentiasa memikirkan masalah

10 KELEBIHAN ORANG BERSOLAT



1. Diberi nur pada wajah.
2. Dikurniakan ALLAH SWT akal yg cerdas & otak yang pintar.
3. Hati bercahaya & tenang jiwa.
4. Sejahtera keluarga (sakinah, mawaddah, warahmah)
5. Diberi kesihatan yg baik & cergas anggota badan.
6. Dapat rahmat & hidayah dari ALLAH SWT
7. Terbuka pintu langit & doa dimakbulkan Allah s.w.t.
8. Diberatkan timbangan amal & menerima buku catatan amal melalui tangan kanan di akhirat kelak.
9. Dipermudahkan jalan menuju ke syurga Allah.
10. Akan bertemu ALLAH SWT dengan redhaNya.

(Al-Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani)

PASSWORD WIFI KEDAI MAMAK



Suatu hari di kedai mamak, seorang lelaki bertanya kepada seorang mamak yang bekerja di situ..

Hasrul : dey mamak apa password WIFI kat sini?
Mamak : apa WIFI??
Hasrul : ini kedai punya internet la..
Mamak : Ooo..itu macam kalu, password dia tujupakale jugak
Hasrul : hah??
Mamak : “tujupakale..!”
Hasrul : Apa tu..??
Mamak : Aiyoo..awak tanya passwordkan... tujupakale la..
Hasrul : Password dia tajupakale..!
Mamak : ya... tujupakale
Hasrul pun menaip T.U.J.U.P.A.K.A.L.E. (ternyata salah)
Hasrul : dey, mamak apa password dia??
Mamak : tujupakale la…sudah tanya banyak kali jugak..aiyoo!!
Hasrul : kau bagi salah la, tu yg aku tanya balik
Mamak : mana ada salah..tujupakale
Hasrul : tak boleh la dey!!
Mamak : boleh la…
Hasrul : ko datang sini tengok aku taip..(mamak tu pun datang) kalo tak boleh kepala ko aku tuju!
Mamak : aiyoo abang jangan marah la..awak satu kali saya tengok (Hasrul pun taip)
Hasrul : ko tengok aku taip T.U.J.U.P.A.K.A.L.E… tengok, mana dapat!!
Mamak : dey, abang mari sini saya taip..awak kasi tekan salah butang jugak..
Hasrul : eh, ye ke…kau tekan la
Mamak : ini macam tekan la 7777
Hasrul : “ini TUJUH EMPAT KALI..!!”
Mamak : betul la saya cakap tujupakale..
Hasrul : %@$#@%#!!!!….

Isnin, 4 Mac 2013

PEGUAM DAN SAKSI PASAL KES PEMBUNUHAN




JOM KONGSI CERITA LAWAK PASAL TONTON KERAT 14....TERBAIK


Di dalam sebuah sebuah mahkamah yang sedang membicarakan kes pembunuhan. Seorang peguam sedang menyoal seorang saksi penting.

Peguam : Awak kenal ini? (sambil menunjukkan gambar mangsa pembunuhan)

Saksi : Kenal tuan.

Peguam : Boleh awak beritahu kepada kami?

Saksi : Itu gambar..., tuan.

Peguam : Bukan, maksud saya orang dalam gambar ni.

Saksi : Oh, itu gambar seorang perempuan, tuan.

Peguam : (mula tension) Yang aku nak tau nama dia lah bukannyer lelaki ke perempuan!

Saksi : Nama dia Saodah bte Sameon, tuan.

Peguam : Bila kali terakhir awak melihatnya? (meletakkan semula gambar itu di mejanya)

Saksi : Baru kejap tadi tuan.

Peguam : Hahhh!!? Bagaimana awak boleh lihatnya kejap tadi?

Saksi : Sebab tadi tuan tunjukkan gambar tu pada saya.

Peguam : Bukanlah, maksud saya sebelum saya menunjukkan gambar tu.

Saksi : Tak pernah tuan. Saya tak pernah lihat gambar tu sebelum ni.

Peguam : Aku bukan bercakap pasal gambar nieee!!! Aku bercakap pasal mangsa!!! (sambil menikam pennya pada gambar tersebut)

Saksi : Oh! Kali terakhir saya nampak ialah ketika mangsa ditikam, tuan.

Peguam : Boleh kamu tunjukkan siapakah yang menikamnya yang berada dalam mahkamah ini. Adakah lelaki yang berada di kandang tertuduh itu? (sambil mengusap dadanya kerana terlalu bengang)

Saksi : Bukan. (tangannya kemudian ditunjukkan pada peguam tersebut)

Peguam : Hahhh!!! Kenapa awak tunjuk pada saya!!?

Saksi : Baru kejap tadi saya nampak tuan tikam gambar tu dengan pen tuan.

Peguam : ARGHHHHH!!! APA YANG KAU MEREPEK NI SYAITANNN!!! AKU BUKAN CAKAP PASAL GAMBAR TU!!! AKU CAKAP PASAL MANGSA YANG KENA BUNUH TU LAHHHHH!!!!!

Sabtu, 2 Mac 2013

STORMREADERS NETWORK SDN BHD



AJANG HILMI http://stormreaders.net/ajang_z4





Cara-cara nak masuk oline kedia buku oline ajang hilmi

pertama

buka Internet Explorer tapi yahooo

kedua

tapi wad http://stormreaders.net

ketiga

belakang perkatan http://stormreaders.net ada satu kotak masuk nama ajang_z4 akan keluar

pastikan permilik kedia nama hilmi ok selamat membeli buku,cd dan macam- macan lagi cara oline

terima kasih