Apabila
seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan
timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau,
bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping.
Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan
keraguan.
Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…@kawan-kawan ajang hilmi yang nak kahwin tu...
1.
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang
keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang
baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk
wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin
mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai
dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh,
jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik
buat kita. Amin.
2. “Dan
kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang
yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan
perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan
kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”.
(An Nuur: 32)
Sebahagian
para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah
satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah
mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian
mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini
cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat
tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke
jinjang pernikahan2perkahwinan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada
para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah,
dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan
menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab
para pemuda bertambah dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan
anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah
kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin
tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya
rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
3. “Ada
tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang
mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka
dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR.
Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2:
160)
Bagi siapa
sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak
mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah
dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
4. “Dan
diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri
dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram
kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda
bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
5. “Dan
Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku -perkenankan
bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari
menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al
Mu’min : 60)
Ini juga
janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan
diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon
diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan
sebagainya.
Dalam
berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah
ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat,
mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan
juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa
pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla
turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah, Perhatikan
juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum
dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta
melakukan apa yang diharamkan Allah, Manfaat lain dari berdoa bererti
kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat
meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha
Mendengar.
Sebahagian
orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke
dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas
dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan
peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).
6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah
tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan
Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan
terbebas dari bid’ah-bid’ah.
7. “Kerana
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah
kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga
janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung
datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka
kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.
8. “Hai
orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia
akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah
menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di
jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin
atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan
sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.
9.
“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.
Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj :
40)
10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah
janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah
tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang
Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada
Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.
Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan