Pengenalan
Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau
dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan
“jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini
ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan
‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa
mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu
inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan
takwa terbit tanpa disedari. Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat
dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta
membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat
daripada Allah S.A.W.
Penghulu Segala Hari
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari
Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah
berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul
Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya
Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir
(datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita
adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab
lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan
petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang
Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini
(Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa
(Ahad) untuk kaum Nasrani.
Kelebihan Hari Jumaat
Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1) Allah ciptakan Adam ,
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
1) Allah ciptakan Adam ,
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W
bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari
yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari
Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari
yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat
Tirmidzi).
Kelebihan Solat JumaatSolat
Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari
itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran
ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Selain itu, hari Jumaat juga merupakan
satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa
meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir
solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta.
Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor
lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia
seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat
keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir
solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat
menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa
yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk
solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Malaikat Turun ke Bumi
Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W
mengutuskan malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid.
Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah
S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T
mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga
kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat
nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila
telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata:
“Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan
menunaikan Jumaat.”
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
Kesimpulan
- Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
- Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
- Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan