Khamis, 14 Februari 2013

HARI VATENTINE?





Hari valentine adalah hari syirik, hari upacara agama kristian. Haram jika sambut walaupun main-main. Tapi jika sambut kerana memuliakan hari tersebut maka jadi kafir Na'uzubillah. Mufti-mufti telah mengeluarkan fatwa sejak 25 tahun yang lalu tentang hari valentine. Tapi, ramai umat Islam yang buat tidak endah.

Kenapa umat Islam jadi begini? Kerana ramainya umat Islam yang jahil. Ini kerana ramai yang lebih suka tengok rancangan TV daripada menghadiri kuliah agama.

Ringkasnya asal sambutan hari valentine adalah sebab meraikan paderi kristian yang bernama st valentino yang besar jasanya kepada kristian kerana telah berjaya memurtadkan sejuta umat Islam di Spanyol. Kerana jasanya beliau telah dibenarkan berkahwin dengan kekasihnya yang namanya seperti lagu kumpulan Search.... iaitu Isabella.

Tiada ulasan: