TeNgkoRaK IkAn UniK KrEaTiviti InoVaSi SeJutA KeJayAan SeJutA ImpiAn PeNcEtuS ReBoLuIs
Isnin, 18 Februari 2013
TIPS UNTUK KESIHATAN DIRI
KALI NI AJANG HILMI NAK KONGSI TIPS2 KESIHATAN DAPAT DARI KAWAN-KAWAN FB SELAMAT MEMBACA DAN MENCUBA
Menghilangkan kelemumur
Gosokklah kulit kepala anda dengan lima nipis yang telah dihiris.
Amalkan selalu sekurang-kurangnya 3 minggu.
Kulit lebih licin…
Kalau anda inginkan kulit lebih licin dan halus..banyak² kan lah makan tomato ‘coz tomato dapat membantu memperbaiki struktur tisu kulit kita..Selamat mencuba!!
Kulit lebih licin…
Tomato dan epal boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya, parut tomato atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan.
Menghilangkan jerawat
1.Serbuk kulit kayu manis yang dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Caranya, sapu campuran tadi pada muka sebelum tidur. Jika diamalkan, jerawat akan hilang dan muka akan menjadi lebih licin.
2.Ambil kayu cendana, basahkan dengan air dan asah pada batu. Kemudian sapukan ia pada jerawat dan hasilnya pasti memuaskan.
3. Kulit pisang emas boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat. Caranya, sapukan kulit pisang tadi pada bekas parut. Lakukan setiap hari hingga kesan itu
hilang.
Kulit cerah dan berseri
Ambil segenggam kacang hijau, dikisar halus lalu dicampur sedikit kuning telur. Kacau hingga rata ramuan tadi dan disapu pada muka perlahan-lahan. Setelah lebih kurang 15 minit, basuh muka dengan menggunakan air suam. Hasilnya kulit muka akan cerah dan berseri.
Kulit muka yang gebu dan licin
Ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok-gosok hingga rata, melekit, dan kering. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu. Anda akan mendapat kulit muka yang gebu dan licin.
Kulit Muka menggerutu/berjerawat
Ambil sedikit serbuk kayu manis kemudian campur dgn sedikit madu sampai sebati, sapu kan pada muka sebelum tidur. Masa bangun tidur basuh muka pakai air suam.
Hilangkan jerawat & muka berseri
Ambik serbuk kulit kayu manis,campurkan dengan sedikit air dan bedak sejuk.sapukan pada muka/jerawat sebelum tidur.amalkan selalu sehingga jerawat hilang.
Supaya kuku kaki cantik
untuk mencantikkan kuku kaki,anda perlu gosok kuku dengan ubat gigi dgn megunakan berus gigi yg tidak digunakan lagi setiap kali lepas mandi.pasti kuku anda cantik.s’mat mencuba.
Melebatkan bulu kenig
Ambil minyak sapi dengan mancis dan sapukan pada kening. bentukkan kening mengikut kehendak anda. Kening anda akan semakin lebat dan cantik hari demi hari
Menghilangkan jerawat
Mula-mula amik air basuhan beras yg pertama.Kemudian letakkan dlm sebuah mangkuk.Pastu anda amik pati air basuhan beras tadi dan sapukan ke muka.Pasti muka anda akan cun melecun.Selamat mencuba..!!
Merahkan bibir dan muka
Kalau ada yang nak merahkan bibir dan muka semula jadi sapu muka dan bibir dengan madu lebah asli, amalkan setiap malam, lihatlah dalam masa seminggu muka dan bibir nampak kemeraha-merahan semulajadi… cuba jangan tak cuba.
Melicinkan kulit
Ambil putih telur…dilumur di muka beberapa minit…Selepas itu, basuh dengan air bersih .
Mehilangkan kecut perut
Makan roti gading sikit demi sedikit,kalau perut anda kecut bolehlah makan kesemua sekali.
Melentikkan bulu mata
Ambil daun lidah buaya, lepas sapukan lendir lidah buaya tersebut pada bulu mata setiap malam sebelum tidur.
Hilangkan kesakitan gigi
Jika anda mengalami sakit gigi akibat gigi berlubang, ambil beberapa biji bunga cengkih dan ketuk hingga hancur, kemudian ambil bunga cengkih yg telah dihancurkan itu dan masukkan ke dalam gigi yg berlubang.
Menguatkan ingatan
cara-care untuk menguatkan ingatan;salah satu contohnya ialah makan kismis;makan B Compleks;lagi, makan taugeh, selamat mencuba
Menghilangkan kesan parut pada kulit
Potong/ambil bahagian luar kulit tembikai. Jemur kulit tembikai tadi dibawah cahaya matahari sehingga kering. Selepas itu bakar sehingga menjadi abu, masukkan sedikit air, gaulkan dengan abu tadi dan sapukan ke kesan parut tadi. Ulang setiap malam sebelum tidur.
Hilangkan sebarang jerawat
Mula-mula,ambil asam jawa sebanyak mana yg kita hendak gunakan, panaskan dan gaul asam jawa tersebut selamat 2 minit. lepas itu campurkan asam jawa tersebut kedalam tepung ubi (sama banyak dengan asam jawa tadi)dan gaulkan hingga sebati. Pakai dimuka seperti memakai bedak sejuk selama 30 minit.
Mengurangkan tekanan darah tinggi
Mula-mula rebuskan belimbing tanah. Kemudian biarkan ia suam dan seterusnya minum. Seelok-eloknya minum 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam.
Menghilangkan sakit gigi(gigi berlubang)
bakar cili api hingga hangus, kemudian gaulkan dgn sedikit minyak masak, ambil sedikit kapas & basahkan dengan campuran tadi & sumbat kapas ke dalam gigi yg sakit itu.Awas!! anda akan merasa sedikit pedas!! selamat mencuba
Hilangkan jerawat dan gebukan wajah
Mula-mula,ambil susu tepung(kadar yg mahu),perahkan air perahan limau purut. campurkan sedikit madu ke dlm adunan tadi dan kacaukan ia hingga sebati. kemudian.. sapukan ke wajah (buat macam masker) dan tunggu ia sampai kering… selamat mencuba!!!Petua parut No. 1
Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus. Kendian campur serbuk kayu manis tuh dengan bedak sejuk. Jangan lupa pulak untuk tambah air. Bila dah siap, lumurkan pada tempat parut pada wajah. Lakukan sekerap mungkin. Lama kelamaan parut akan pudar dan hilang. Petua nie juga dikatakan sesuai untuk hilangkan bintik hitam kat muka kita.
Petua hilangkan parut 2
petua menghilangkan parutKaedah nie lebih natural… tapi susah sikit sebab nak cari bahannya bagi sesetengah orang. Petuanya ialah dengan menggunakan daun lidah buaya. Ambil daun lidah buaya dan belah daun supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir daun lidah buaya pada parut. Lakukan tiga kali dalam seminggu. InsyaAllah, parut akan hilang.
Petua menghilangkan parut 3
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Sapukan ramuan asam jawa tuh pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. InsyaAllah, setelah beberapa lama, parut mulai pudar.
Petua parut No. 1
Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus. Kendian campur serbuk kayu manis tuh dengan bedak sejuk. Jangan lupa pulak untuk tambah air. Bila dah siap, lumurkan pada tempat parut pada wajah. Lakukan sekerap mungkin. Lama kelamaan parut akan pudar dan hilang. Petua nie juga dikatakan sesuai untuk hilangkan bintik hitam kat muka kita.
Petua hilangkan parut 2
petua menghilangkan parutKaedah nie lebih natural… tapi susah sikit sebab nak cari bahannya bagi sesetengah orang. Petuanya ialah dengan menggunakan daun lidah buaya. Ambil daun lidah buaya dan belah daun supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir daun lidah buaya pada parut. Lakukan tiga kali dalam seminggu. InsyaAllah, parut akan hilang.
Petua menghilangkan parut 3
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Sapukan ramuan asam jawa tuh pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. InsyaAllah, setelah beberapa lama, parut mulai pudar.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan