Assalamulaikum semua sihat???kalau sihat bagus kekal kan dengan gaya hidup sihat... kalau tak sihat rehat dan makan ubat....kerana penyakit itu ujian untuk kita..... penyakit yang datang dari perut atau makan boleh dicegah kalau kita ikiut cara gaya hidup sihat... tapi kalau penyakit dari benda yang tak namapk macm maner ajang hilmi dah rasa orang lain nampak kita sihat aje tapi kita tahu kita tak sihat kita tak ok... masuk ajang hilmi syirih..........dari semua sudut tapi kali ajang hilmi nak kongsi dari sudut makan lebih lebih lagi makan di luar atau kedai makan tak tahu tak
Bagaimana cara untuk
mengesan kedai makan yang menggunakan pelaris syirik?
Mungkin ramai antara
kita menganggap zaman serba moden dan canggih ini tiada lagi yang guna
unsur-unsur syirik dalam kehidupan seharian. Jangan terkejut jika ada kedai
yang berani menggunakan khidmat jin untuk melariskan perniagaan.
Jadi, bagaimana cara
untuk mengesan jin-jin tersebut?
Cara mudah untuk tahu
sesebuah kedai mempunyai pelaris (khadam jin) adalah dengan membaca ayat Qursi
3 kali di luar kedai. Sebaiknya semasa di dalam kereta. Kemudian buka tingkap
dan tiup 7 kali ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh puhh kiri, puhh
kanan. Cukup sekadar tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (macam Ustaz Ismail
Kamus ajar).
Sekiranya ada pelaris
di kedai tersebut, "khadam" akan marah dan akan rasa seperti satu
angin menerpa ke muka kita. Kalau dah sebegitu, eloklah kita jangan makan di
kedai tersebut.
Beberapa cara di
bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir:
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah
terakhir / 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan
hadith:
Ertinya: Baginda
S.A.W telah berkata kepadaku: "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad"
(al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi
dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu. At-Tirmidzi, Bab Doa
Yang Disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca
Ketika Subuh, no 5072 (Nuzhatul Muttaqin, no 1457, 2/229) At-Tirmidzi: Hasan
Sohih, An-Nawawi: Sohih.
semoga dapat kita kongsi bersama... wasslam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan