Assalamulaikum ..............hahhahha sebelum ni ajang hilmi ada cerita pasal kebaikkan minyak kelapa dara yang ajang hilmi terbaca dalam harian bila ajang hilmi cerita dengan rakan-rakan kerja mereka bagi lagi fakta yang bagus..... waktu ajang hilmi buat cacatan hari yang sama satu pagi yang ni petang saja ajang hilmi nak kongsi benda baik ......bukan copy tapi saja nak kongsi itu yang ajang hilmi akan cakap bila orang kata lah copy boleh lah......ok apa pun selamat membaca.....
Khasiat Minyak Kelapa Dara
Minyak kelapa dara merupkan satu kurniaan Allah yang digelar sebagai "Minyak Ajaib". Ianya merangkumi segala aspek termasuklah dari segi perubatan, kecantikan dan juga sebagai makanan tambahan. Disebabkan itulah ia merupakan satu anugerah yang akan terus kekal bersama kita iaitu OASIS.
Minyak kelapa dara adalah minyak yang diekstrak daripada buah kelapa yang segar (tanpa copra) dengan cara mekanikal dan semulajadi. Bagi melindungi dan mengekalkan khasiat penting dalam minyak kelapa dara, proses untuk menghasilkannya langsung tidak melibatkan sebarang bahan kimia, peluntur atau proses menghilangkan bau. Dengan ini, kita akan mendapat hasil yang mempunyai kandungan vitamin dan mineral yang tinggi sekaligus adalah amat sesuai untuk diminum dan dimakan dan ia bukanlah sekadar minyak seperti yang difahami oleh masyarakat.
Minyak kelapa dara OASIS telah dikategorikan sebagai makanan dan telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang dapat memberi pelbagai kesan yang positif kepada kesihatan penggunanya.
Fakta Minyak Kelapa Dara
- Minyak kelapa dara ialah minyak yang paling berkhasiat dalam dunia. Ia juga digelar sebagai "minyak ajaib".
- Minyak kelapa dara dikategorikan sebagai produk makanan kesihatan yang memberi banyak kesan positif kepada kesihatan.
- Menurut statistik, minyak kelapa dara adalah antara produk yang paling dikaji oleh universiti-universiti di seluruh dunia.
- Komponen 'magik' minyak kelapa dara ialah asid laurik dan Vitamin E.
- Kandungan lemak dalam minyak kelapa dara adalah unik kerana struktur molekular asid lemak tersebut. Asid lemak yang terkandung dalam minyak kelapa dara adalah MCFA (asid Lemak Rangkaian Sederhana), di mana ia langsung tidak memberi kesan negatif terutamanya terhadap kolestrol malah ia membantu untuk mencegah penyakit jantung.
- Kelebihan asid laurik dalam minyak kelapa dara adalah
50% daripada lemak yang terkandung dalam minyak kelapa dara terdiri
daripada asid laurik yang merupakan asid lemak yang sememangnya
membantu meningkatkan tahap kesihatan. Menurut kajian, asid laurik
terbukti sebagai antimikrobial, antivirus dan meningkatkan sistem imun
dalam tubuh kita. Asid laurik merupakan komponen dalam susu ibu yang
membekalkan daya ketahanan atau daya imunisasi kepada bayi baru lahir
untuk menentang penyakit tubuh kita.
Kandungan Minyak Kelapa Dara
Berikut adalah kandungan minyak kelapa dara:
- Saturated fatty acid (asid lemak tepu) - Kebanyakkan adalah MCT (Triglycerides Rangkaian Sederhana) yang akan melalui proses penghadaman dengan baik. Asid laurik adalah penyumbang utama dengan lebih 40% dan selebihnya adalah Asid Kaprik, Asid Kaprik, Asid Myristik dan Palmitik
- Asid Lemak Poli Tidak Tepu : Asid Linoleic - Asid lemak yang penting ini kesemuanya adalah Omega-3, Omega-6, Omega-9 dan asid lemak methylene-interrupted.
- Asid Lemak Mono Tidak Tepu : Asid Oleic - Ini dapat membantu mengurangkan kadar kolestrol di dalam darah dan secara langsung dapat mencegah daripada penyakit jantung dan strok. Ia juga membekalkan nutrien yang membantu untuk mengekalkan dan merangsang sel dalam tubuh.
- Poly-phenols : Asid Galik iaitu Asid phenolik - Poly-phenols adalah kandungan yang menghasilkan aroma dan rasa minyak kelapa dara
- Vitamin E, Vitamin K dan mineral seperti zat besi - Vitamin E amat penting untuk sel dan kulit kita kerana:
- Mengandungi antioksidan
- Membantu untuk menjana fungsi vitamin A
- Merawat kebanyakan penyakit kulit
- Mengekalkan kesimbangan kulit
- Merupakan elemen anti-penuaan dengan membekalkan kelembapan kepada sel dan kulit
Kebaikan Minyak Kelapa Dara
- Anti-penuaan
- Menyiembangkan badan sekaligus mendapat berat badan yang ideal
- Meningkatkan kadar metabolisme pada seluruh badan
- Membunuh organisma perosak seperti virus, bacteria, kulat dan protozoa(cacing)
- Mengurangkan keadaan mudah lapar
- Mengurangkan kandungan lemak badan
- Melindungi tubuh daripada serangan kanser
- Menghasilkan tenaga segera
- Memperbaiki hubungan suami isteri dan juga sebagai pelincir
- Mengurangkan risiko serangan jantung dan darah tinggi
- Mempercepatkan penggantian sel-sel mati dengan yang baru
- Melembut dan mengurangkankan kekeringan dan kekenduran kulit
- Mengatasi masalah monopaus
- Meningkatkan kesuburan
- Melawaskan pembuangan air besar dan air kecil
- Melegakan pernafasan
- Melembapkan dan menggebukan kulit
Tiada ulasan:
Catat Ulasan