SALAM untuk semua moga kita dirahmat oleh ALLAH......ajang hilmi nak kongsi fakta pasal zikir pulak...... baca lah lah kalu nak tahu apa yang ajang hilmi sedia kan.....
Kesan Zikir
Terhadap Otak Manusia | Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik
yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk
melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan
sempurna.
Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16
juta saraf tubuh yang lain.Semua aktiviti yang kita lakukan dan
kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran
interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah
Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi
aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di
kawasan-kawasan saraf otak tersebut.
Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi
bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan
kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang
lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara
keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut
perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum
berzikir otak tidak begini.
Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk
melakukan kebaikan dan menerima kebenaran. Hasil kajian makmal yang
dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific
American, keluaran Disember 1993.
Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini
dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak
manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu
senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan
tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata
kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka,
beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf,
termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang
sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain
dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru
diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan
pertama.
Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang
diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan
kecergasan otak dan menambah kemampuannya. Oleh itu, saudara-saudaraku
se-Islam, ketika saintis Barat menemui mukjizat ini, kita umat terpilih
ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi
mereka yang masih memandang ringan kepentingan berzikir dan
mengabaikannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan