KISAH SEEKOR KATAK KECIL....
salam jom baca cerita motivasi ni...
Kisah Seekor Katak Kecil..
Pada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecil berlumba lari..
Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi.
Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan
perlumbaan itu dan memberi semangat kepada para peserta…Perlumbaan
dimulakan…
Secara jujur tak satu pun penonton yakin bahawa katak-katak kecil itu akan mencapai puncak menara.
Terdengar suara:
“Oh, jalannya terlalu sukar !!
Mereka TIDAK AKAN sampai ke puncak!!
Menaranya terlalu tinggi…!!”
Katak2 kecil mulai berjatuhan… Satu persatu…Kecuali mereka yang tetap
bersemangat menaiki menara perlahan- lahan…semakin tinggi…dan semakin
tinggi.. Penonton terus bersorak..
“Terlalu sukar !!!
Tak seekor pun akan berjaya!”
Lebih banyak lagi katak kecil letih dan menyerah…Tapi ada seekor katak
yang terus menaiki hingga semakin tinggi dan tinggi…Dia tidak menyerah!
Akhirnya, katak kecil yang telah berusaha keras menjadi satu-satunya
yang berjaya sampai ke puncak menara…Semua katak kecil yang lain ingin
tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya? Salah seekor peserta
bertanya apakah rahsia kejayaan katak tersebut?
Ternyata…
Katak yang menjadi pemenang itu seekor katak yang PEKAK!!!
********** TAMAT **********
Pengajaran dari cerita ini adalah:
Jangan mendengar kata-kata atau tanggapan negatif orang lain terhadap
usaha yang kita lakukan…kerana menjadi fitrah manusia suka melihat
kegagalan manusia lain daripada melihat kejayaannya.
Justeru itu, tetaplah selalu….POSITIF!
Dan yang paling penting, Buat PEKAK jika orang berkata kepada kita,
“Engkau takkan mampulah capai cita-cita engkau tu!” Selalulah berfikir
dan berkata..SAYA BOLEH!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan